Rumah ditawarkan hanya AS$1, entah kenapa pemilik cuba jual tetapi tidak berjaya.
Sebuah rumah di Pontiac, Michigan, Amerika Syarikat (AS), diiklankan untuk dijual pada harga hanya AS$1 (kira-kira RM4.65).
Bagaimanapun, ia hanyalah gimik pemasaran kerana agen hartanah menjangka ia akhirnya dapat dijual pada harga kira-kira AS$40,000 (kira-kira RM186,000).
Business Insider melaporkan, menerusi penyenaraian itu, ia menunjukkan gambar cat di dinding rumah itu sudah menggelupas dengan lapisan habuk dan kotoran kelihatan menutupi lantai.
“Serlahkan kemahiran lakukan sendiri (DIY) hiasan dalaman dan sahut cabaran untuk menjadikan (kediaman) dua bilik tidur serta satu bilik air sebagai karya agung yang akan menjadikan Chip dan Joanna berasa rasa iri hati,” tulisnya dalam senarai iklan merujuk kepada bintang rancangan realiti Fixer Upper, Chip dan Joanna Gaines.
Walaupun sesetengah bilik kelihatan tidak sempurna kerana dinding dengan bingkai kayu terdedah dan penebat gabus, kediaman itu dikatakan mempunyai keistimewaan tersendiri.
“Masuklah ke dalam dan alami emosi yang mendebarkan sambil kamu menemui setiap sudut dan celah yang memerlukan sentuhan kreatif kamu,” katanya.
Sementara bahagian luar rumah kelihatan lapuk dan usang, dengan ditumbuhi rumput
“Bayangkan taman yang begitu liar. Rimbunan renek yang ditumbuhi dan rumpai eksotik memberikan suasana misteri,,,” menurut iklan itu.
Difahamkan, rumah seluas 724 kaki persegi itu dibina pada tahun 1956.
Rumah di Pontiac mempunyai harga rumah dengan anggaran kira-kira AS$144,700 (kira-kira RM673,217).
Kini, terdapat 153 rumah keluarga untuk dijual di Pontiac, dan kediaman berharga AS$1 (kira-kira RM4.65) itu adalah yang termurah di kawasan itu.
Menurut sejarah penyenaraian hartanah, pemilik semasa cuba menjual rumah itu pada 2011 dengan harga AS$10,000 (kira-kira RM46,000) tetapi tidak berjaya.
Ini adalah kali pertama sejak itu rumah itu kembali di pasaran, kata Hubel.
Pemiliknya tidak dapat menjualnya pada masa itu memandangkan ketika itu, pasaran masih cuba pulih daripada kejatuhan itu dan dia kemudian menyewakan kediaman itu.