Realtime website trackingweb stats

Ramai tertanya apa jadi pada Tun Mahathir, ini situasi terkini bekas PM tertua di dunia

Oleh ADINDA

Ramai tertanya tanya berkenaan status kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah diiktiraf pada 2018 sebagai Perdana Menteri tertua di dunia.

Beliau rupanya sehingga 20 Februari dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) sejak sejak 26 Januari lalu.

Ini bermakna sudah 25 hari beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dirawat di IJN.

Ramai tertanya apa jadi pada Tun Mahathir, ini situasi terkini bekas PM tertua di dunia

Pada masa ini, Tun Mahathir dalam proses pemulihan akibat jangkitan, menurut maklumat dimuatkan menerusi Facebook rasmi beliau.

Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan gambar Mahathir yang juga bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dalam keadaan nazak sehingga mengundang spekulasi orang ramai.

Walau bagaimanapun, gambar tersebut telah disahkan sebagai berita palsu.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan untuk berhati-hati daripada menyebarkan berita palsu.

Ini antara fakta menarik mengenai Tun Dr Mahathir:

1. Gemar membaca buku-buku fiksyen serta bukan fiksyen. Antara penulis kegemarannya termasuk Wilbur Smith, Dick Francis dan Ken Follett.

2. Gemar menunggang kuda.

3. Pernah mengejutkan negara apabila nekad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003.

4. Penyandang jawatan Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana yang menentang peperangan serta Pengerusi KL Foundation to Criminalise War.

5. Pada 2016, Tun Mahathir keluar daripada UMNO sebagai protes terhadap kepemimpinan Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak seterusnya menubuhkan parti politik baharu, BERSATU.

6. Pada 2017, beliau dalam usia 92 tahun kembali memasuki arena politik sebagai pemimpin barisan pembangkang, Pakatan Harapan (PH).

7. Pada 2018, beliau sekali lagi membuat kejutan apabila gabungan politik PH memenangi PRU ke-14.

8. Dalam usianya 93 tahun, Tun Mahathir dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh sekaligus mencipta rekod sebagai Perdana Menteri tertua di dunia.

9. Pernah mengakui bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang kini berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen kerana didakwa gagal mengisytiharkan harta sebagai rakan lama dan sekutunya.

10. Ketika kerajaan Madani diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahathir mencabar Perdana Menteri supaya mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) bagi membuktikan Anwar mempunyai sokongan kuat rakyat.

Baca:

Tindakan ibu Aliff Syukri cerita keburukan produk ini raih pujian netizen

Selepas serangan jantung, sakit tulang belakang pula – Ini keadaan terbaharu Menteri Ekonomi

Nampak tenggelam timbul, isteri sedih tidak dapat selamatkan suami dihanyut ombak