Realtime website trackingweb stats

Ramai teringin nak jadi menantu selepas Khairul Aming hadiahkan ibu barangan kemas

Oleh ABDULLAH HAMID

Setelah produk terbaru Khairul Aming habis terjual dalam masa 3 minit 39 saat, kini dia menjadi perbualan ramai lagi apabila ibunya muncul dalam sebuah video di TikTok.

Video yang viral dikongsi di akaun TikTok @kedaiemassriindah_ menunjukkan Khairul Aming bersama ibunya pergi ke kedai untuk membeli barang kemas.

Dikatakan Khairul Aming telah memberi ibunya beberapa jenis barang kemas sebagai hadiah.

Ramai teringin nak jadi menantu selepas Khairul Aming hadiahkan ibu barangan kemas

‘Tak dapat beli Dendeng Nyet Berapi tak apa, janji dapat jadi menantu Ma,” itu antara komen-komen yang dikongsikan oleh gadis-gadis selepas menonton video tersebut.

Ramai gadis cuba menggunakan ‘pickup line’ terbaik untuk menarik perhatian dan mencuba nasib menjadi menantu kepada ibu influencer tersebut.

Pada masa yang sama, ramai warganet menyatakan bahawa salah satu faktor kejayaan Khairul Aming adalah kerana dia menjaga ibunya dengan baik.

Warganet juga berharap agar Khairul Aming terus mencapai kejayaan dan menjadi salah seorang yang memberi sumbangan zakat terbesar di Malaysia.

Sebelum ini, pencipta konten yang terkenal telah berjaya menjual produk tempatan sehingga mencapai jualan RM1 juta dengan cepat di TikTok Shop.

Beliau hanya mengambil masa 3 minit 39 saat untuk habiskan semua 80,000 stok Dendeng Nyet Berapi.

Sementara itu, salah seorang kru yang terlibat dalam menghasilkan bahan pemasaran produk tersebut telah memuji kehebatan dan kebijaksanaan Khairul Aming sebagai pencerita untuk memasarkan produk-produk di bawah khairulamingbrand.

@kedaiemassriindah_ Hey, whats upp gaiss … tk dapat dendeng berapi pon tkpo lah , dapat tgok founder dendeng berapi mari walk in di kedai pon jjaddii 😍 thankyouu @Khairulaming beli emas buat ibu tersayang 💞😍 #kedaiemassriindah #emas916 #kotabharu #fyppppppppppppppppppppppp ♬ suara asli – 𝕬𝖉𝖍𝖔𝖓

Baca:

Bakal terbang ke England, tapi keadaan anak tukang cuci ini menyedihkan selepas pengsan

Nilai barang seludup ini dah boleh beli rumah sebuah – 840,000 batang rokok dirampas

Inovasi produk elektrik ALSF buka 5.6 juta peluang pekerjaan