Rakam dan jual klip video seks, polis tahan ‘gigolo’

Oleh NURAIMAN

Polis telah menumpaskan kes jenayah seksual yang menjadi yang pertama di negara ini dengan menangkap seorang ‘gigolo’ tempatan.

Beliau ditahan kerana merakam dan menjual puluhan klip video aksi lucahnya bersama lebih daripada 20 wanita, termasuk mereka yang membayar untuk perkhidmatan seks daripadanya.

Hasil siasatan polis menunjukkan bahawa lebih daripada 2,600 penduduk tempatan telah melanggan klip video tersebut dengan membayar yuran bulanan antara RM20 dan RM100 untuk menontonnya secara dalam talian.

Rakam dan jual klip video seks, polis tahan 'gigolo'

“Semua pelanggan aplikasi itu adalah daripada golongan lelaki gersang dan wanita kesunyian yang memiliki kerjaya dalam bidang profesional seperti doktor, usahawan dan sektor korporat,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Seorang lelaki yang berusia 31 tahun telah menjual video tersebut di media sosial sejak bulan Julai.

Beliau kemudian ditangkap di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, pada jam 2.30 petang semalam.

Semasa operasi polis yang sama, dua teman wanita suspek, yang masing-masing berusia 23 dan 27 tahun, turut ditahan kerana terlibat dalam aksi seks video yang dijual kepada orang ramai.

Bapa suspek juga diketahui sebagai salah seorang yang menginap di rumah tersebut.

Datuk Seri Mohd Shuhaily menyatakan bahawa suspek lelaki itu ditemui melalui maklumat dan hasil risikan JSJ Bukit Aman.

“Siasatan awal mendapati suspek utama yang pernah dua kali berkahwin dan bercerai memulakan aktiviti menjual dan mempromosikan ubat kuat seks dari China menerusi platform media sosial sejak awal tahun lalu.

“Namun untuk mengaut keuntungan lebih tinggi, suspek kemudian mempelajari cara merakam video lucah bersama teman wanitanya sebelum menjual klip video adegan berkenaan dalam tiga saluran media sosial sejak Julai tahun lalu”.

“Tidak hanya teman wanitanya, suspek juga yang disyaki mempunyai latar belakang seorang gigolo (diupah untuk khidmat seks). Siasatan mendapati beliau merakam aksi seksnya meniduri sekumpulan wanita yang dikenalinya menerusi media sosial untuk dijual,” katanya

Datuk Seri Mohd Shuhaily menjelaskan bahawa selepas pelanggan membuat pembayaran untuk menonton klip video tersebut, individu yang disyaki akan mengirimkan pautan kepada pelanggan untuk melihat video lucah yang direkam itu.

“Pada masa ini suspek dan dua teman wanitanya yang ditahan turut dikesan melakonkan aksi lucah dalam video seks yang dijual. Selain itu, kami berusaha mengesan wanita lain yang turut terbabit dalam puluhan rakaman video yang dikesan,” kata Datuk Seri Mohd Shuhaily.

“Polis menemui kesemua aksi rakaman suspek melalui rampasan lima telefon bimbit milik suspek dan dua teman wanitanya selain dua kad ATM yang digunakan sebagai akaun langganan,” katanya.

Pagi tadi, suspek bersama dua teman wanitanya telah ditahan selama lima hari oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur.

Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan berkenaan dengan aktiviti seks untuk keuntungan, yang boleh mengakibatkan hukuman penjara selama 19 tahun, sebatan, dan denda jika disabitkan kesalahan.

Siasatan juga sedang dilakukan berdasarkan Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah yang boleh dikenakan hukuman penjara hingga tiga tahun.

Selain itu, mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998, kesalahan menyalahgunakan kemudahan rangkaian telekomunikasi juga turut disiasat.

Datuk Seri Mohd Shuhaily menyatakan bahawa ini adalah kes pertama yang dikesan di negara ini, dan tindakan keras perlu diambil kerana risau ia boleh merosakkan akhlak dan menjejaskan moral dalam kalangan masyarakat.

Baca:

Stress api terlalu kecil? Boleh cuba kaedah ini untuk semua jenis dapur gas

Niat mahu cari kerja halal, wanita berani ini jadi pemandu treler

Kena pandai tengok lubang baru tak tersalah pilih bendi tua, cara masak pun berbeza setiap tahap