TikTok adalah salah satu platform media sosial yang paling popular di dunia, kerana anda boleh menjana pendapatan yang lumayan melalui aplikasi ini.
Jika anda masih tidak tahu cara membuat affiliate di TikTok dan ingin mencubanya, anda boleh mengikuti perkongsian daripada Izzad Saad di bawah ini.
Affiliate TikTok membolehkan anda mempromosikan produk tertentu dan memperoleh komisen bagi setiap jualan yang terhasil daripada usaha promosi tersebut.
Bagi sesiapa yang ingin membuat affiliate TikTok, ini adalah rahsia untuk mendapatkan jualan 5 angka sebulan.
Tips ini saya pelajari daripada affiliate teratas yang telah menjana pendapatan RM300,000 sebulan.
1. Minta Sample Percuma
Pertama sekali, anda boleh meminta atau mendapatkan sampel percuma daripada mana-mana penjual yang anda suka untuk mengulas produk tersebut.
2. Buat Video Review
Setelah menerima barang, buat video ulasan dalam tempoh bawah 60 saat. Jika dapat 30-40 saat pun sudah memadai. Yang penting, jangan lebih daripada 1 minit.
3. Komitmen 200%
Ketika membuat video, berikan komitmen dan usaha 200% untuk menghasilkan video berkualiti dengan struktur yang kuat dan kandungan yang baik.
4. Pos Video
Setelah siap, pos video tersebut seperti biasa di akaun TikTok anda. Jangan lupa untuk menyertakan pautan produk yang anda ulas.
5. Hantar Kod Video
Tips ‘rahsia’ yang perlu anda ketahui adalah untuk terus menghantar kod video iklan tersebut kepada penjual. Tak perlu tunggu mereka meminta. Anda boleh menggunakan ayat seperti ini:
“Hi seller. Saya sudah buat satu video ulasan untuk produk ___. Ini pautan video (sertakan pautan). Saya sertakan sekali (ads code) untuk kegunaan pihak tuan/puan pada masa akan datang. Semoga kita dapat terus bekerjasama di masa akan datang. Terima kasih.”
6. Buat Banyak Video
Selesai. Lebih baik jika anda dapat membuat banyak video untuk satu produk. Jangan lupa untuk menghantar kod iklan setiap kali membuat video baharu.
Akan ada juga HQ yang tidak menjalankan iklan pada video affiliate. Jangan risau, terdapat banyak lagi produk dan HQ lain di TikTok. Jangan terkejut jika satu video sahaja sudah boleh menjana jualan lebih RM50,000.
BACA:Â Cangkuk langsir ini nampak macam sama tapi berbeza fungsi, mak-mak je faham benda ni