Bagi yang menggunakan langsir railing, kerja untuk membuka dan memasang semula cangkuk langsir
selepas mencuci atau apabila menukar langsir baru memang agak mencabar.
Tetapi, pernahkah anda perasan bahawa cangkuk langsir railing ini ada dua jenis,
iaitu cangkuk di tengah dan cangkuk di atas?
Biasanya kita hanya menggunakan mana-mana cangkuk tanpa memikirkan fungsinya.
Haaa… itu adalah kesilapan! Ramai yang tidak tahu bahawa kedua-dua cangkuk ini mempunyai fungsi yang berbeza.
Jika salah menggunakan cangkuk, langsir akan nampak tidak kemas, railing akan kelihatan, dan langsir pun boleh tersangkut. Berikut adalah cara penggunaan cangkuk yang betul yang dikongsi oleh Mea Edie.
Cangkuk railing ada 2 jenis:
Jika anda menggunakan langsir railing, pastikan anda menggunakan cangkuk yang betul. Nampak sama tetapi fungsi berbeza. Mungkin ada yang sudah lupa atau tidak tahu lagi, jadi saya ingin berkongsi semula tentang jenis cangkuk dan fungsinya.
No.1 untuk day curtain (railing belakang)
No.2 untuk night curtain (railing depan)
Fungsi pun berbeza:
Fungsi cangkuk no.1 adalah untuk memastikan langsir tidak tersangkut pada braket railing.
Fungsi cangkuk no.2 adalah untuk menutup railing.
Walaupun nampak sama, tetapi fungsinya tidak serupa. Untuk pengguna double railing, pastikan anda menggunakan cangkuk yang betul!
BACA: ‘Yang sudah itu, sudahlah’ Rabbani kongsi kisah selepas Al-Arqam diharamkan