Punyalah tinggi, sukakan budak pula, ini kisah lembu ‘macho’ tertinggi di dunia.
Seekor lembu ‘macho’ baka Brown Swiss, diiktiraf Guinness World Records (GWS) sebagai lembu tertinggi di dunia dengan ketinggian lebih 1.8 meter.
Lebih mengejutkan, Tommy yang berusia 13 tahun itu sukakan budak dan akan menurunkan kepalanya untuk dibelai apabila kanak-kanak datang melawat.
Pemiliknya, Fred Balawender berkata, Tommy diselamatkan daripada sebuah lelongan di ladang tenusu besar pada tahun 2010.
Sejak berusia sehari, Tommy dipelihara di sebuah ladang di Cheshire, Amerika Syarikat dan membesar dengan baik dan begitu tinggi.
Malah, dikatakan Tommy ‘tidak akan berhenti membesar’. Alamak!
Sementara itu, anak perempuan Fred, Laurie Cuevas berkata, mereka sekeluarga tidak menyangka tumbesaran Tommy sangat mengagumkan hingga boleh mencapai ketinggian 1.87m dan diiktiraf GWS.
Fred dan Laurie tidak pernah menjadikan Tommy sebagai ternakan sebaliknya lembu jantan itu bebas bergerak di ladang, lapor Mirror.
“Walaupun saiznya besar, Tommy jinak dan peka di mana ayah saya berada serta akan memerhatikannya setiap kali dia ada,” kata Laurie.
Bagaimana dengan diet pemakanan Tommy?
Jangan terkejut, lembu itu setiap hari makan 13 kilogram (kg) bijiran kering, 34kg rumput dan minum 150 liter air.
Tommy juga makan roti kayu manis (cinnamon bun) dan mengunyah epal.
Baca:
Lelaki berkemban di Keretapi Sarong kena kecam, netizen bimbang acara nanti dipandang serong
Kecoh bahasa diguna pada peta laluan LRT di Pulau Pinang, rupanya ada udang di sebalik batu
Sanggup menahan sakit kulit ditusuk jarum, bapa cacah tatu nama anak 667 kali