Barangkali jarang atau mungkin belum pernah lagi kita lihat anggota polis mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran.
Namun, di Serambi Makkah Indonesia, seorang polis jelita di Banda Aceh menawan hati warganet kerana beliau juga merupakan seorang ‘hafizah’.
Memetik portal berita Okezone, polis Brigedier Dua, Najwa Silmina Anggitia gemar mengajar kanak-kanak membaca kitab suci al-Quran apabila ada masa terluang.
Berusia 21 tahun, Najwa merupakan anggota yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Banda Aceh dan menjalankan tugas-tugas dokumentasi pejabat.
Kata penghafal 30 juzuk al-Quran itu, mengajar kanak-kanak membaca kitab suci agama Islam ini merupakan sumber kebahagiaan yang tidak terhingga buat dirinya.
Klip video yang menunjukkan Najwa sedang mengajar kanak-kanak mengaji tular dan menarik perhatian netizen dengan rata-ratanya memuji Najwa.
“Ini yang seharusnya diberikan penghargaan kerana sudah mengabdikan diri kepada negara dan masyarakat.
“Sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang bermanfaat kerana itu dapat membantu anda di akhirat nanti,” demikian antara komentar warganet.
Baca:
Kisah lelaki tua setahun baru terjawab, jurugambar ini kongsi foto paling mengesankan
Boleh pula buang ‘pampers’ anak di air tejun, ini 10 fakta tentang sungai di negara kita wajib tahu