Realtime website trackingweb stats

Pinggan mangkuk lekat lemak sup? Ikuti tip ini, jimat tenaga!

Oleh NUR KASIH

Biasalah di Hari Raya ini mesti banyak buat sup yang mengandungi banyak lemak.

Sedap dimakan tapi bila nak basuh tu satu kerja pula.

Bukan senang nak cuci lemak-lemak di sup bila melekat di pinggan atau periuk, kena guna tenaga dan air yang banyak.

Kalau tak cuci betul mesti rasa pinggan tu masih berminyak dan kalau keras lagi susah nak basuh.

Ikuti tips perkongsian portal My Resipi.

Pinggan mangkuk lekat lemak sup? Ikuti tip ini, jimat tenaga!

Teknik cuci pinggan daripada sup berlemak
Bahan-bahan:

Tepung Gandum
Air Panas
Sabun Periuk
Span Basuh
Langkah-langkah:

Bersihkan pinggan mangkuk daripada sisa sup.
Pastikan bersihkan segala sisa-sisa sup seperti tulan atau rempah yang ada menggunakan air panas dan sabun pencuci.

Taburkan tepung gandum ke atas kawasan yang melekat lemak.
Selepas membasuh pinggan mangkuk, taburkan tepung gandum secara meluas ke atas kawasan yang masih melekat lemak.

Pastikan tepung gandum ditabur secara merata dan mencukupi untuk menutup keseluruhan permukaan periuk.

Biarkan tepung gandum bertindak selama beberapa minit.
Biarkan tepung gandum bertindak selama kira-kira 5 hingga 10 minit. Semasa proses ini, tepung gandum akan menyerap lemak yang melekat pada pinggan mangkuk.

Gosok dan bilas hingga bersih.
Selepas tempoh penyerapan, gunakan span pinggan mangkuk untuk menggosok kawasan yang diletakkan tepung gandum dengan perlahan-lahan.

Gosok dengan lembut tetapi konsisten untuk memastikan lemak yang terperangkap di dalam tepung gandum terangkat dengan sempurna.

Selepas itu, bilas pinggan mangkuk dengan air bersih untuk menghilangkan sisa-sisa tepung gandum dan lemak yang telah dikeluarkan.

Boleh ulang balik langkah
Jika rasa masih tak bersih, boleh ulang semula langkah di atas kemudian keringkan dengan baik sebelum menyimpan.

Selepas ini tak perlu susah sental guna separuh botol sabun pencuci lagi dah.

Selamat mencuba!

Baca juga: Terjunan macam atlet Olimpik, ini biodata atlet Sarawak terjun macam jarum dalam air!