Dalam dunia hiburan, gosip-gosip panas khususnya membabitkan artis muda tengah naik memang sentiasa ada.
Cerita-cerita itu jugalah kadang-kadang menaikkan nama mereka dalam industri.
Pelakon muda, Amir Ahnaf menafikan tuduhan yang mendakwa bahawa dia telah ‘mengambil’ aktres Anna Jobling dari aktor Meerqeen.
Memetik OhBulan yang berjumpa dengan Amir, portal itu melaporkan Amir memberitahu bahawa mereka hanya berkawan dan mula mengenali satu sama lain setelah digadingkan untuk berlakon dalam sebuah drama.
Amir juga menganggap Anna, pelakon campuran Melayu-Inggeris, sebagai seorang profesional dalam bidang lakonan.
“Anna seorang pelakon yang sangat bagus, pertama kali saya jumpa dengan dia waktu tandatangan kontrak bagi drama yang kami berlakon bersama saya dah dapat rasa vibes.”
“Apa yang saya boleh beritahu, saya tidak merampas dia dari sesiapa. Saya hanya mahu buat kerja saya sahaja.”
“Ada juga orang yang tinggalkan komen kata saya merampas Anna dari Meerqeen. Kebenarannya, saya hanya bekerja sahaja, Anna seorang yang sangat profesional.”
Amir berkongsi pandangannya ini semasa ditemui portal itu semasa tayangan perdana drama terbarunya, “Gamers Mangkuk,” di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, pada hari Khamis yang lalu.
Beliau turut menceritakan bahawa Meerqeen turut hadir memberi sokongan dan semangat kepadanya untuk memberikan yang terbaik ketika bekerja bersama Anna.
“Meerqeen sendiri beri sokongan pada saya untuk buat yang terbaik dalam drama itu”
“Kami bertiga tiada masalah pun, mungkin yang mengapi-apikan adalah peminat. Pandangan masing-masing.”
Baca:
Ini 3 langkah urutan mudah supaya anak cepat bercakap, ada ibu sahkan nampak perubahan
Ramai pandang remeh faedah berjalan, senaman mudah ini terbukti jadikan wanita lebih menawan