Rawatan penyakit dalam kalangan manusia tidak hanya bergantung kepada perubatan moden sahaja.
Dalam agama Islam, terdapat juga rawatan tradisional yang luas menggunakan ayat-ayat Al-Quran.
Salah satu contohnya ialah amalan mandi air limau yang disarankan oleh para ustaz perubatan tradisional.
Cara ini mudah untuk ‘membersihkan’ racun dalam badan dan membuatkan badan anda terasa lebih segar.
Anda hanya perlukan dua bahan dan membaca surah-surah tertentu untuk mencuba rawatan ini.
Ini adalah petua dari seorang ustaz yang anda boleh ikuti.
Jadi, anda juga boleh mencuba untuk meningkatkan kesegaran badan anda.
Bahan-bahannya ialah:
• Limau nipis (4-5 biji untuk setiap mandi)
• Garam (2 sudu untuk setiap mandi).
Cara-caranya:
1. Ambil limau nipis, kemudian potong separuh supaya senang untuk diperah.
2. Ketika memotong, bacakan sesuatu pada limau dan perah airnya ke dalam mangkuk, lakukan di luar tandas ya:
– Surah Al Fatihah (1 kali)
– Surah 3 Qul (1 kali)
– Ayat Kursi (1 kali)
– Bismillah 5 ( 1 kali)
– Selawat ( 7 kali)
3. Tujuan semasa mandi adalah untuk menyingkirkan segala benda yang tidak baik dalam diri.
4. Selepas itu, campurkan sedikit garam, sebanyak 2 sudu untuk setiap kali mandi. Gaul sebati dalam air mandian.
5. Gunakan mandian ini setiap hari selama 7 hari berturut-turut atau sehingga badan berasa kembali bertenaga semula.
Pastikan untuk membuat mandian baru setiap kali mandi!
Anda boleh mencuba teknik untuk pulihkan semangat anda yang hilang.
Baca:
Senyap-senyap kahwin lain antara sebab individu tidak mahu daftar PADU
Malaysia masih sanjung rumput lembu, TMJ tegur pihak berwajib