Realtime website trackingweb stats

Pernah membintangi filem ‘Titanic’ & ‘Lord of the Rings, pelakon legenda meninggal dunia

Oleh NUR KASIH

Pelakon British yang terkenal dengan peranan beliau dalam filem-filem popular seperti “Titanic” dan “Lord of the Rings”, Bernard Hill, telah meninggal dunia pada usia 79 tahun.

Berita sedih ini telah disahkan oleh ahli keluarganya dan dilaporkan oleh CNN pada hari Ahad.

“Dengan kesedihan yang teramat, kami perlu mengumumkan bahawa Bernard Hill, pelakon terkenal yang dikenali dengan peranannya dalam “Titanic” dan “The Lord of the Rings”, telah meninggal dunia pada awal pagi hari ini pada usia 79 tahun,” demikian kenyataan keluarganya.

Difahamkan bahawa Bernard menghembuskan nafas terakhir semasa bersama tunangnya dan anak lelakinya.

Walau bagaimanapun, punca kematiannya masih belum diketahui.

Pernah membintangi filem Titanic Lord of the Rings pelakon legenda meninggal dunia

Bernard membuat penampilan pertamanya sebagai pelakon pada tahun 1982 menerusi wataknya sebagai “Yosser Hughes” dalam siri mini “Boys from the Blackstuff”.

Pencapaiannya semakin cemerlang apabila beliau berjaya menarik perhatian dalam industri perfileman dengan peranan sebagai “Kapten Edward Smith” dalam filem “Titanic”, arahan James Cameron yang memenangi pelbagai anugerah Oscar pada tahun 1997.

Selain itu, beliau juga mendapat populariti yang semakin terkenal selepas beraksi dalam dua bahagian siri blockbuster “The Lord of the Rings” arahan Peter Jackson sebagai watak “Theoden”.

Beliau juga terlibat dalam pelbagai filem lain termasuk “Gandhi,” “Shirley Valentine,” dan “The Scorpion King”.

Baca:

Mesin layan diri bawa ‘tuah’, suami isteri raih pendapatan lumayan tiap bulan

Disimbah asid, Hamidin cerita keadaan terkini Faisal Halim cukup menyedihkan

Bergelut dengan cuaca panas terik di Kelantan, individu terpaksa gali lumpur & buang selut