Disimbah asid, Hamidin cerita keadaan terkini Faisal Halim cukup menyedihkan

Oleh FATIN AQILAH

Datuk Hamidin Mohd Amin, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), merasa kesal dengan insiden yang menimpa Faisal Halim akibat terkena cecair asid di sebuah pusat membeli-belah pada hari Ahad yang lalu.

Beliau menyatakan bahawa Faisal mengalami kecederaan pada tangan kiri dan bahagian badan sebelah kiri akibat kejadian tersebut, dan beliau berharap agar Faisal dapat menghadapi ujian ini dengan tabah.

“Keadaan dia cukup saya katakan menyedihkan tapi saya berharap Faisal, isteri dan keluarga akan tabah akan dugaan ini. Bahagian kaki dia nampak baik tiada apa-apa. Bahagian tangan kiri badan belah kiri rusuk dan bahu yang tercedera.

Baca Artikel Penuh