Realtime website trackingweb stats

Pernah kira duit syiling nak beli susu anak dan menumpang di rumah mentua, kisah wanita ini menginspirasikan

Oleh FATIN AQILAH

Usahawan kental Siti Roihan Hashim menceritakan bagaimana beliau pernah mengira duit syiling untuk membeli susu anak saiz paket kecil yang hanya bertahan beberapa hari.

Ibu empat anak yang bergiat dalam bisnes produk kesihatan Forever Living ini pernah tiada wang untuk menyediakan hidangan kepada anak-anak sehari sebelum menyambut Aidilfitri.

Itulah pengalaman yang beliau dulu yang tidak boleh lupakan termasuk kereta miliknya hampir ditarik beberapa kali.

Malah, Siti Roihan dan anak-anaknya terpaksa berpindah keluar dari rumah sewa kerana tidak mampu bayar.

Akibatnya, mereka anak-beranak terpaksa menumpang di rumah ibu mentua bersama empat orang anaknya.

Namun, beliau tidak berputus ada dan kental mengambil risiko menjalankan pelbagai jenis perniagaan daripada menjual burger, nasi lemak hinggalah bekerja di pusat mencuci dan banyak lagi.

“Pun begitu, ibarat gali lubang tutup lubang. Apa yang saya lakukan semuanya gagal dan tidak bertahan lama,” katanya, dipetik Kosmo.

Akhirnya, tibalah cahaya di hujung terowong apabila Siti Roihan mula mengenali bisnes produk kesihatan Forever Living pada Oktober 2015.

Pernah kira duit syiling nak beli susu anak dan menumpang di rumah mentua, kisah wanita ini menginspirasikan

Beliau tidak menoleh ke belakang lagi sebaliknya nekad menceburi secara serius kerana melihat peluang besar yang ditawarkan menerusi faedah komisyen tinggi dan tawaran percutian ke luar negara.

Berkat kerajinannya, beliau dinaikkan pangkat sebagai pengurus dalam masa dua bulan sahaja hingga dapat membawa ibu dan ahli keluarganya seramai lapan orang menunaikan umrah dengan pakej eksklusif beberapa tahun lalu.

Kalau dulu menahan malu duduk menumpang di rumah ibu mentua, sekarang Siti Roihan dan anak-anaknya bersyukur dapat mendiami sebuah banglo yang dibina selain membeli dua buah kereta mewah.

“Paling menggembirakan, saya berjaya melangkah setapak lagi dalam bisnes apabila berjaya membuka akademi latihan yang dikenali sebagai Roihan Basaroy Academy terletak di Kuantan, Pahang.

“Saya membuka akademi ini sebagai platform latihan perniagaan jaringan pemasaran yang lengkap dengan latihan dan bimbingan.

“Akademi ini bagi persediaan mereka yang ingin memulakan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan Forever Living secara pemasaran offline dan online,” kata Siti Roihan lagi.

Baca:

Trend NPC pakai kostum The Nun ini memeranjatkan, reaksi Acap pula menghiburkan

Kisah anak muda dari kaya raya jadi merempat tinggal dalam kereta, semuanya angkara pelaburan digital

Petua nasi himpit ‘kalis’ basi, tak berair dan boleh tahan sampai 3 hari