Realtime website trackingweb stats

Perkahwinan Puteri Raja Pahang, disiarkan langsung di Pasar Sera, Kuantan

Oleh HADI KAMARUDIN

Puteri Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Tengku Ampuan Pahang,

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, iaitu Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada bulan ini.

Khabar gembira ini dikongsikan oleh pengurus acara yang mengendalikan majlis tersebut, Teja Market, melalui hantaran di TikTok hari ini.

Menurut poster yang dimuat naik, majlis tersebut diberi nama ‘Langit Cinta’ dan akan menampilkan Istiadat Perkahwinan Diraja antara

Tengku Puteri Afzan dan pasangannya, Fd Idzham Fd Iskandar. Istiadat tersebut akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, bermula pada 22 hingga 25 Ogos, bertempat di Tasek Kotasas, Kuantan.

Perkahwinan Puteri Raja Pahang, disiarkan langsung di Pasar Sera, Kuantan

Posting tersebut turut dikongsi semula melalui TikTok @cmspahang, yang difahamkan merupakan akaun peribadi Tunku Azizah Aminah.

Akaun peribadi baginda sering membuat siaran langsung serta memuat naik hantaran berkaitan masakan dan majlis yang dihadiri oleh keluarga diraja.

Teja Market juga memaklumkan bahawa akan ada skrin besar disediakan untuk tontonan rakyat Pahang. “Akan ada ‘live big screen’ (skrin besar siaran langsung) supaya semua rakyat dapat menonton lintas langsung perkahwinan diraja,” kata mereka.

Perkongsian poster ini mendapat maklum balas positif daripada pengguna media sosial yang meninggalkan komen tahniah dan tidak sabar menantikan perkahwinan diraja tersebut.

“Tolong buat ‘live’ TikTok bagi sesiapa yang jauh dari Kedah ke Pahang,” kata seorang pengguna TikTok.

“Alhamdulillah kami rakyat Pahang tetapi tinggal jauh. Harap ada siaran lintas langsung, kami nak tengok Tengku Puteri,” kata individu lain.

Terdapat juga pertanyaan sama ada rakyat boleh menghadiri majlis tersebut, dan Teja Market mengesahkan perkara itu. “Boleh (hadir), kami ada pelbagai ‘vendors’ makanan tradisional Pahang. Datanglah, jangan lepaskan peluang,” katanya.

BACA: Ini jumlah yang terpaksa negara tanggung buat Olimpik ada negara yang muflis selepas anjur