Realtime website trackingweb stats

Ini jumlah yang terpaksa negara tanggung buat Olimpik ada negara yang muflis selepas anjur

Oleh SHAZLIN AZIZ

Olimpik adalah sukan paling berprestij di dunia. Mana-mana negara yang membida untuk menganjurkan sukan Olimpik

wajib menyediakan kos yang sangat besar. Menggabungkan negara seluruh dunia dalam satu event bukanlah sesuatu yang mudah.

Tidak hairanlah lokasi Olimpik banyak dianjurkan di negara-negara maju sahaja.

Lagi teruk, ada negara yang hampir muflis selepas mengajurkan Olimpik.

Seperti penganjuran Sukan Olimpik di Tokyo pada tahun 2021, kos tahun itu diiktiraf sebagai paling mahal dalam sejarah iaitu AS$15.4 bilion (RM64.9 bilion).

Ini jumlah yang terpaksa negara tanggung buat Olimpik ada negara yang muflis selepas anjur

Kos yang paling mahal setakat ini dalam mana-mana penganjuran Olimpik.

Memetik dari Mstar, menurut kajian dilakukan oleh Universiti Oxford, nilai tersebut juga mampu membina kira-kira 1,200 buah sekolah rendah serta 300 hospital di Jepun.

Malangnya pada tahun penganjurannya itu, Jepun menerima tempias akibat pandemik Covid-19 susulan penangguhan acara sukan berkenaan sejak tahun lalu menyebabkan sukan paling besar dalam sejarah itu bermain tanpa penonton!

Penangguhan itu memaksa Jepun membelanjakan kira-kira AS$2.8 bilion (RM11.8 bilion) daripada kos sebelum ini malahan negara tersebut turut kerugian AS$800 juta (RM3.3 bilion) daripada pendapatan jualan tiket.

Walaupun Jepun berjaya meraih AS$3.3 bilion (RM13.9 bilion) daripada pelbagai tajaan namun kebanyakan penaja melontarkan rasa tidak puas hati menjelang temasya sukan tersebut berikutan pelaburan mereka dibazirkan tanpa kehadiran penonton.

Malahan, Toyota yang merupakan salah satu penaja terbesar untuk Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), menarik balik pengiklanan berkaitan Sukan Olimpik di semua siaran televisyen susulan kemarahan orang ramai yang berang dengan tindakan kerajaan negara itu menganjurkan temasya berkenaan ketika pandemik masih berlaku.

Tokyo telah membina lapan venue baharu termasuklah Stadium Nasional yang menelan kos sebanyak AS$1.43 bilion (RM6 bilion) dan pusat akuatik baharu bernilai AS$520 juta (RM2.1 bilion).

Baca: Objek mengganggu pemanduan, jangan panik! cuma buat je 3 perkara ini