Pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramly, 55, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.50 tengah hari, di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor, 5 Januari.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat penghulu segala hari selepas hampir seminggu bertarung nyawa.
Perkara itu disahkan anak bongsu Allahyarham, Nur Natasya Umairah, 20, menerusi mesej yang tular dalam aplikasi WhatsApp sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua, khabar duka.
“Hamdan Ramly sudah tiada (meninggal dunia) sebentar tadi,” kata Nur Nastasya.
Bagaimanapun, punca kematian beliau masih belum disahkan.
Pada 31 Disember lalu, Hamdan atau nama sebenar, Ahmad Hamdan Mohamed Ramli terpaksa ditidurkan di HSA, Johor Bahru selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.
Doktor turut memaklumkan Hamdan juga mengalami jantung lemah dan paru-paru berair selain jangkitan kuman dalam darah.
Hamdan meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, dan empat orang anak.
Baca:
‘Perodua wajib ganti kereta baharu’ – Enjin ada gula, ini nasihat peguam yang semua wajib tahu
‘Mengamuk macam orang kena rasuk pukul 1 pagi’ – Yana masuk wad pasal perangai anak