Penting baca label sebelum membeli buah, elak beli buah dari 2 negara ini

Oleh ADINDA

Elak beli buah import dari 2 negara ini, baca label sebelum beli. Biasanya bila beli buah di pasaraya, main ambil sahaja tanpa periksa labelnya kan? Rupanya amat penting untuk baca label sebelum membeli buah untuk tahu dari negara mana buah itu datang.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan. Menurutnya, kena cuba elak ambil buah dari dua negara iaitu China dan USA.

Nak tahu sebabnya? Jom sama-sama baca perkongsian oleh beliau di bawah.

Penting baca label sebelum membeli buah, elak beli buah dari 2 negara ini

Nak beli buah pun ada label yang kita nak kena baca. Walaupun tak ada bahan ramuan pada setiap jenis buah, tetap kena tengok buah tu datang dari negara mana.

SEBELUM BELI BUAH, WAJIB BACA LABEL DATANG DARI NEGARA MANA

Saya biasanya cuba elakkan ambil buah dari negara China dan USA.

Negara China, terkenal dengan pencemaran tanah yang paling tinggi di dunia. Kajian menyatakan 1/5 tanah di China tercemar dengan bahan buangan, racun serangga, logam berat dan sebagainya.

Negara USA pulak, terkenal dengan teknologi buah dan sayur GMO nya.

Dua negara ni, saya cuba elakkan.
Saya suka sangat cari buah di Aeon. Sebab label dari negara mana terpampang jelas betul. Huruf paling besar, kedudukan paling teratas.

Penting baca label sebelum membeli buah, elak beli buah dari 2 negara ini

Bagus sangat macam ni kan. Buat lebih ramai akan cakna dengan buah dari negara mana yang kita nak bagi keluarga makan.

Sama-sama kita cuba k, setiap hari tambah sedikit ilmu baru tentang tabiat pemakanan ke arah yang lebih sihat.

Penting baca label sebelum membeli buah, elak beli buah dari 2 negara ini

Sumber: Dr Mazliana Mazlan

Baca:

Mudah dan pantas, tukar duit raya di mesin ATM je sekarang

Harus dihormati dan mempunyai etika yang mantap, namun ini video tular peguam Siti Bainun

Zulin Aziz mendirikan solat hajat khas buat adik Bella

Tonton: