Zulin Aziz mendirikan solat hajat khas buat adik Bella

Oleh ADINDA

Zulin aziz mendirikan solat hajat khas buat adik Bella. Kes perbicaraan di mahkamah juga masih berjalan dan difahamkan hampir 10 orang peguam mewakili Siti Bainun untuk kes ini.

Baru baru ini, ramai yang telah menyuarakan sokongan terhadap Bella iaitu remaja sindrom down yang didakwa didera dengan teruk oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun.

Disebabkan itu, rakyat Malaysia tidak kira pangkat dan kedudukan sebulat suara menyokong agar keadilan untuk adik Bella segera ditegakkan sampai isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam turut bersuara.

Pelakon serta pengacara terkenal, Zulin Aziz yang kebetulan berada di Tanah Suci telah berkongsi di Instagramnya memaklumkan yang dia akan mendirikan solat hajat khas buat adik Bella di Raudhah, Masjid Nabawi.

Zulin aziz mendirikan solat hajat khas buat adik Bella

Selebriti-selebriti tempatan juga turut membantu menularkan hashtag #justiceforbella di ruangan media sosial sebagai satu bentuk sokongan agar keadilan segera ditegakkan.

Dapat rezeki tiga kali masuk Raudhah

“Aku direzekikan lagi masuk Rawdah kali ke-3. Alhamdulillah.
Kalini khas buat Adik Bella. Solat sunat hajat dan doa semoga Allah tunjukkan kebenaran dan berikan keadilan buat adik Bella di dunia ini.
Semoga Allah perkenankan doa2 kita semua,” tulis Zulin

Zulin dan suami, Farhan Norzaini telah berangkat untuk mengerjakan umrah pada minggu lalu. Dia sempat berkongsi hal itu di media sosial dan berharap para peminat dapat medoakan agar mereka dipermudahkan urusan di sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz)

Keterangan dari kandang saksi di mahkamah yang didedahkan di berita-berita telah membuatkan orang ramai begitu geram dengan tindakan kejam pengasas Rumah Bonda itu yang mendera remaja sindrom down sehingga mengalami kecederaan fizikal dan mental yang cukup dasyat.

Ketika ini, perbicaraan berkenaan kes penderaan yang didakwa dilakukan oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun sedang berlangsung.

Baca:

Harus dihormati dan mempunyai etika yang mantap, namun ini video tular peguam Siti Bainun

Rahsia cara jaga bateri kereta supaya tidak cepat ‘kong’

5 amalan wanita haid mendapat pahala di bulan ramadhan

Tonton: