KEWUJUDAN cicak dan lipas di rumah bukan sahaja merimaskan para suri, malah membuatkan kediaman menjadi kotor.
Najis cicak yang sudah lama pula sukar dibersihkan apabila melekat di dinding atau lantai jubin.
Lebih geram apabila pelbagai cara untuk menghalaunya tidak berhasil.
Suri rumah yang sering berhadapan masalah ini, boleh mengikut teknik pembersihan yang dikongsikan Wawa Fatimah.
Bukan sahaja mudah, lipas mahupun cicak tidak lagi bersarang dan rumah akan sentiasa berbau harum.
Cara yang dilakukan Wawa Fatimah di rumahnya. -Foto TikTok Wawa Fatimah
Bahan-bahan:
1 sudu teh cuka
1 tutup pewangi pakaian
1/2 baldi air
Cara menyediakan:
1. Campur kesemua bahan tadi dan kacau sehingga sebati.
2. Ambil mop leper atau kain dan celup ke dalam baldi tadi.
3. Perah hingga kering air dan lap pada seluruh dinding rumah.
Baca : Baru tahu rupanya masjid persis taj mahal hasil wakaf jutawan bank