Realtime website trackingweb stats

Pelancong buang hajat dekat kereta timbalan ketua Polis

Oleh ABDULLAH HAMID

Pelancong buang hajat dekat kereta timbalan ketua Polis. Sekumpulan pelancong mencetuskan kekecohan apabila mereka membuang air kecil dan besar di kawasan berhampiran kereta Timbalan Ketua Polis.

Kejadian pelik itu berlaku selepas tandas di balai polis bandar tersebut ditutup akibat gangguan bekalan air, lapor The Pattaya News kelmarin.

Menurut wartawan tempatan, Balai Polis Pattaya sering menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing yang ingin bersantai menikmati suasana tepi laut sambil minum.

Namun, ramai yang turut bergantung kepada tandas balai polis untuk keperluan peribadi mereka.

Malangnya, gangguan bekalan air sejak tiga hingga empat hari lalu menyebabkan tandas di balai polis itu tidak dapat digunakan. Notis telah diletakkan di pintu masuk sebagai makluman kepada orang ramai.

Sebagai alternatif, pelancong boleh menggunakan tandas awam berdekatan dengan bayaran sekitar 5 hingga 10 baht (RM0.65 – RM1.30).

Namun, nampaknya ada yang enggan berbelanja untuk ke tandas dan memilih untuk melepaskan ‘hajat’ mereka di tempat terbuka.

Lebih mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tanpa segan silu membuang air kecil berhampiran rumah pangsa polis.

Paling luar biasa, seorang pelancong dilaporkan membuang air besar betul-betul berhampiran kenderaan rasmi Timbalan Ketua Polis Pattaya!

Setakat ini, tiada maklumat mengenai sebarang tindakan yang akan diambil terhadap pelancong-pelancong tersebut. Insiden ini pastinya mencetuskan perbincangan mengenai keperluan kemudahan awam yang lebih baik di kawasan tumpuan pelancong.

BACA LAGI :

Jangan suka-suka simpan benda ini dalam kereta kalau tak nak ditahan Polis

PN fitnah calon BN PRK Mahkota ada kes Polis, rupanya pertahan OKU

Didakwa siasat GISBH berlebih-lebihan, Ketua Polis jawab Setiausaha Agung Pas