Peguam ini punca stok kuih raya di penjara Kajang habis! Jika sebelum ini ada yang sanggup menerbangkan penjual kuih raya dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, kini giliran Penjara Kajang pula menjadi tumpuan! Semuanya gara-gara kuih dan biskut raya istimewa yang dihasilkan sendiri oleh para banduan, sehingga orang ramai sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.
Fenomena ini mula menarik perhatian selepas seorang peguam terkenal, Tun Laila, berkongsi tentangnya di media sosial baru-baru ini.
Habis Stok! Ramai Kecewa Tak Sempat Beli
Seorang pengguna TikTok, @Si Siti, turut berkongsi pengalaman ingin membeli kuih raya buatan banduan sebelum pulang ke Johor. Namun, setibanya di sana, dia terkejut apabila mendapati semua stok telah habis!
“Alang-alang nak balik Johor, singgah Kajang tapi habis pula,” tulisnya dalam kapsyen video yang kini tular.
Dia juga berkongsi gambar seorang anggota polis yang memegang notis makluman bahawa jualan biskut raya dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada penambahan stok. Ini jelas menunjukkan betapa larisnya kuih raya dari Penjara Kajang sejak berita mengenainya tersebar.
Tempahan Hanya Secara Online, Orang Ramai Diminta Ikuti ‘Galeri My Pride’
Disebabkan permintaan tinggi, mereka yang datang hanya boleh mengambil tempahan yang telah dibuat secara dalam talian. Bagi mereka yang ingin mendapatkan stok akan datang, pihak polis menasihatkan orang ramai untuk mengikuti akaun media sosial Galeri My Pride bagi maklumat terkini tentang kemasukan produk.
Ramai Gembira & Terharu Dengan Sambutan Hangat
Perkongsian ini menarik perhatian ramai netizen yang rata-ratanya teruja dengan kejayaan produk buatan banduan ini. Ramai turut berterima kasih kepada Tun Laila kerana giat mempromosikan hasil kerja tangan banduan sehingga berjaya menarik ramai pembeli.
Ada juga yang sebak membayangkan betapa gembiranya para banduan apabila melihat hasil usaha mereka habis terjual. Malah, Tun Laila sendiri menyatakan bahawa dengan larisnya jualan kuih raya ini, para banduan berpeluang menikmati juadah lebih enak pada pagi Syawal nanti—secara tidak langsung berkongsi rezeki dengan mereka.
Bukan Sekadar Kuih Raya, Banyak Lagi Produk Dijual!
Selain kuih dan biskut raya, Penjara Kajang juga menawarkan pelbagai hasil tangan lain yang boleh dibeli orang awam, termasuk songket, makanan sejuk beku, minuman, dan banyak lagi.
Fenomena ini bukan sahaja membuktikan bahawa produk buatan banduan berkualiti tinggi, tetapi juga memberi mereka peluang untuk belajar kemahiran baharu dan membina kehidupan lebih baik selepas dibebaskan.
BACA JUGA :
Penjara di Thailand, paling digeruni Penjara Pusat Bang Kwang
‘Ini Malaysia… Perdana Menteri pun boleh masuk penjara’, lain macam buah tangan Syafiq Yusof