Seorang wanita mendakwa telah diganggu oleh pendakwah selebriti Da’i Syed, nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, pada Mei lalu.
Lebih mengejutkan, gangguan tersebut dipercayai berlaku ketika isterinya, Hana Ismail, sedang sarat mengandung.
Menurut wanita tersebut, Da’i Syed mengetahui statusnya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.
“Tetapi dia tetap mengganggu saya dengan mesej seperti ‘jom call’, ‘nak call’ (saya tidak pernah menjawab atau bercakap dengannya melalui telefon),” katanya dalam satu hantaran di laman Threads.
Wanita itu berkata dia pada mulanya menganggap Da’i Syed ingin mendapatkan nasihat guaman.
Namun, perbualan mereka lama-kelamaan bertukar arah sehingga Da’i Syed sanggup mengajaknya ke luar negara.
“Saya jenis yang bersangka baik tapi bukan bodoh. Saya juga memahami maksud yang tersirat atau petunjuk.
“Kasihan isterinya, tidak mungkin dia tidak tahu perangai suaminya yang seperti ini,” katanya.
Pada 30 Ogos lalu, media melaporkan Da’i Syed menangis teresak-esak selepas Mahkamah Seksyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas pertuduhan merogol seorang wanita lima tahun lalu.
Sebelumnya, pada 10 Disember 2020, Da’i Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, pada 11 September 2019.
BACA: UIAM diiktiraf sebagai Universiti Islam Ke-2 terbaik dunia ini sebabnya