Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) diiktiraf sebagai institusi pendidikan Islam kedua terbaik dunia bagi tahun ini menerusi senarai dikeluarkan oleh UniRank.
Berdasarkan laporan seasia.stas, UIAM berada di kedudukan kedua di dalam senarai Universiti dan Kolej Islam Terbaik untuk tahun 2024 di belakang Universiti Kaherah, Mesir.
Tempat ketiga duduki oleh Universiti Sains dan Teknologi dari Jordan diikuti Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (ke-4) dan Umm al-Qura University, Saudi Arabia (ke-5).
Indonesia juga menunjukkan prestasi yang baik berikutan tiga institusi pendidikan daripada negara terbabit berjaya menduduki tempat 10 teratas di dalam senarai berkenaan.
Selain tempat keempat, salah satu institusi dari Indonesia iaitu Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka berada di kedudukan ketujuh manakala posisi ke kesembilan diduduki oleh Universitas Islam Indonesia.
Difahamkan, kedudukan dinilai berdasarkan sumbangan penyelidikan yang mencerminkan kecemerlangan dalam akademik seterusnya komitmen institusi ini terhadap nilai dan pendidikan Islam.
Laporan itu turut menjelaskan bahawa UIAM memainkan peranan penting di dalam memajukan pendidikan tinggi dan memupuk persefahaman serta kerjasama budaya di peringkat antarabangsa.
Hasilnya, UIAM telah berjaya mencapai kecemerlangan di persada global tentunya sekali gus mencatatkan prestasi yang paling baik di Asia Tenggara berdasarkan senarai itu.
Sekadar info, UIAM ditubuhkan secara rasmi pada 10 Mei 1983 manakala Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dilantik sebagai Ketua Perlembagaan pertama universiti itu pada 1 Julai 1983.
Kampus Induk terletak di Gombak, Selangor manakala Pusat Asasi UIAM berada di Gambang dan juga Kuantan, Pahang selain turut memiliki kampus di Pagoh, Johor Bharu.
Baca juga:Â 6 tips ini sangat membantu jika brek kereta tiba-tiba tak berfungsi