Realtime website trackingweb stats

Pasti tak keracunan makanan, ini cara betul urus bahan mentah ramai tak tahu

Oleh HADI KAMARUDIN

Keracunan makanan sering dilaporkan berlaku di kantin dan asrama sekolah, menyebabkan ramai murid menghadapi masalah kesihatan yang serius.

Untuk mengelakkan masalah yang sama berulang, pengusaha dan pengendali makanan perlu mengambil langkah proaktif

Bagi memastikan kebersihan persekitaran di tempat memasak sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Berikut adalah lima panduan untuk pengendalian daging ayam yang selamat:

Pemilihan daging ayam

Pasti tak keracunan makanan, ini cara betul urus bahan mentah ramai tak tahu

Pengusaha dan pengendali makanan perlu memastikan ayam yang dibeli masih segar, dengan keadaan isinya pejal dan anjal, serta warna kulitnya kekal cerah. Periksa ayam untuk memastikan tiada lendir, bau busuk, atau lebam kehijauan.

Proses membersihkan ayam

Isi ayam biasanya dipotong mengikut jenis masakan. Setelah itu, setiap bahagian ayam perlu dicuci dan dibersihkan menggunakan air bersih. Pastikan bekas dan peralatan yang digunakan juga berada dalam keadaan bersih.

Penyahbekuan daging ayam

Kebanyakan pengusaha sering mengabaikan cara menyahbekukan ayam dengan membiarkannya di atas meja hingga ais mencair. Sebaiknya, rendam daging ayam dalam bekas bersih di bawah air paip yang mengalir. Anda juga boleh menggunakan ketuhar gelombang mikro dengan memilih mod defrost atau meletakkannya di ruang pendingin dalam peti sejuk. Kaedah ini lebih cepat dan selamat. Pastikan daging ayam dimasak sehingga tiada kesan darah pada tulang atau isinya.

Proses memasak

Memasak dalam kuantiti besar dan menyediakan pelbagai jenis juadah boleh menyebabkan pengusaha terlepas pandang tentang ‘kesempurnaan’ sajian.

Walau sesibuk mana pun, pastikan daging ayam yang telah dimasak tidak mempunyai kesan darah, sama ada di bahagian tulang atau isi. Jika masih ada kesan darah, masak semula dan pastikan air rebusan berwarna jernih.

Cara penyimpanan

Ayam yang sudah dicuci perlu dimasak segera kerana dagingnya mudah rosak. Untuk ayam yang masih segar, pastikan ia disimpan di ruang sejuk beku. Sekiranya bekalan elektrik terputus, segera masak daging ayam tersebut.

BACA:Wanita ajar 4 cara ‘langgar’ pejabat tanah, no.2 tu confirm pegawai daerah laju buat kerja