Isu geran tanah bertindih bukanlah perkara baharu yang membelenggu segelintir masyarakat.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pelakon Amar Baharin yang turut berhadapan isu yang sama,
Di mana beliau sudah menunggu selama 10 tahun untuk penyelesaian mengenai pertindihan geran tanah milik ibunya.
Terkini, seorang wanita meluahkan perkara yang sama di Facebook Tanya Peguam selepas membeli tanah daripada adik-beradiknya.
Wanita ini menyatakan bahawa dia hanya menyedari masalah pertindihan geran berlaku semasa ingin membuat pertukaran nama.
Proses yang melibatkan jangka masa panjang ini menyebabkan kebanyakan pemilik dan pewaris buntu dengan langkah seterusnya yang boleh diambil untuk mempercepatkan proses tersebut.
Jika anda juga menghadapi situasi yang sama, berikut adalah empat langkah yang boleh diambil seperti yang dikongsikan oleh peguam yang menggunakan nama akaun Hawari Law ketika menjawab persoalan wanita terbabit:
1. Buat aduan terus ke Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri di mana lokasi tanah berada dan pastikan semua dokumen berkaitan dibawa sebagai sokongan.
2. Jika mendapati terdapat unsur kelewatan yang tidak munasabah daripada pihak pejabat tanah, anda boleh membuat aduan ke Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) untuk siasatan lanjut.
3. Aduan juga boleh dibuat melalui portal aduan awam di laman web eAduan KPDN yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk isu-isu seperti ini.
4. Jika masalah berlarutan tanpa penyelesaian, anda boleh membawa perkara ini ke peringkat lebih tinggi dengan menghantar surat atau membuat aduan ke pejabat Menteri Besar atau Exco Tanah negeri.
BACA:Â 10 cara halau babi dari merosakkan kebun, no.2 tu ramai tak berani buat
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio