Realtime website trackingweb stats

Netizen lancar gerakan report akaun TikTok Donut Berayaq, MCMC pun masuk campur

Oleh NUR KASIH

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai promosi donat susu “berayaq” yang menggunakan tagline berunsur lucah untuk menarik perhatian pembeli.

Tindakan pengusaha donat ini menerima pelbagai teguran daripada warganet, namun dia tetap bertegas menggunakan tagline tersebut.

Promosi tersebut dilakukan dengan menyebut perkataan “berayaq” dalam nada yang menggoda,

Disertai aksi yang tidak sesuai seolah-olah menggambarkan perbuatan intim.

Sebuah video yang dimuat naik semula di platform X memaparkan pengusaha berkenaan mempromosikan donat

Netizen lancar gerakan report akaun TikTok Donut Berayaq, MCMC pun masuk campur

sambil memegang patung dan berkata, “Hmm berayaq.. Jet lagi, jet lagi…” dalam video berdurasi kurang satu minit.

Seorang pengguna X, Faiz Fayeshz, meminta agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan terhadap promosi lucah ini. “Tolonglah report beramai-ramai akaun ini, kita tak boleh nak halang orang main TikTok tapi sekurang-kurangnya boleh halang pemasaran lucah macam ini. MCMC, tolong ambil tindakan,” tulisnya.

MCMC memberikan respon kepada hantaran tersebut dengan memaklumkan bahawa pihaknya akan melakukan penelitian lanjut. “Pihak MCMC ambil maklum dan akan melaksanakan penelitian lanjut.

Dalam masa sama, Tuan juga boleh salurkan aduan rasmi melalui aduan.mcmc.gov.my bagi memastikan pengurusan aduan yang lebih efektif dan memudahkan semakan status aduan. Terima kasih atas keprihatinan Tuan,” balasnya.

Apa yang lebih membimbangkan, terdapat laporan tentang kanak-kanak yang meniru aksi tersebut di tempat awam, seperti di pasar.

Namun, ada juga segelintir pengguna media sosial yang menyokong cara promosi pengusaha tersebut, menyatakan bahawa ia unik dan berbeza.

BACA: “Amboi, macam mana tahu?” Ruhainies tampil jawab hubungan sebenar dengan Zul Ariffin