Realtime website trackingweb stats

“Amboi, macam mana tahu?” Ruhainies tampil jawab hubungan sebenar dengan Zul Ariffin

Oleh SHAZLIN AZIZ

Pelakon Ruhainies menafikan dakwaan bahawa dia sudah berkahwin dengan Zul Ariffin, seperti yang tular di media sosial dan menarik perhatian ramai.

Ruhainies, atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, meminta orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan penyebaran berita palsu tersebut.

“Amboi, macam mana tahu? Saya pun tak tahu. Terima kasih atas maklumat ini,” sindir Ruhainies.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas melihat tangkapan layar dengan tajuk hantaran ‘

Terbongkar akhirnya Zul Ariffin dan Ruhainies sebenarnya sudah kahwin, ini ceritanya’.

"Amboi, macam mana tahu?" Ruhainies tampil jawab hubungan sebenar dengan Zul Ariffin

“Amboi, macam mana tahu?”

Tidak mengambil serius mengenai dakwaan itu, pelakon filem Roh 100 Hari ini mengakui bahawa dia terhibur membaca berita tersebut.

“Kepada netizen yang saya sayangi, jangan biarkan pihak tidak bertanggungjawab ini memanipulasi korang, okay? Korang pasti lebih bijak.

Terlalu banyak berita palsu sekarang ni, tekan-tekan rupanya link Shopee.

Harap berbahagialah dan semoga rezeki korang murah dan halal hasilnya,” katanya sambil menambah bahawa beliau tidak marah, hanya menganggap perkara itu lucu dan menghiburkan. “Benar-benar menceriakan hari saya,” katanya lagi.

Sebelum ini, ada juga dakwaan yang mengatakan Ruhainies bakal berkahwin dengan aktor sensasi, Aliff Aziz, namun perkara itu turut disangkal oleh Ruhainies.

Nama Ruhainies juga pernah menjadi bualan ramai apabila timbul kontroversi mengenai tangkapan berkhalwat bersama Aliff Aziz ketika itu masih suami kepada penyanyi Bella Astillah.

BACA: Nampak remeh tapi ini punca handphone cepat rosak ada kaitan dengan kereta