Realtime website trackingweb stats

Neelofa gelar Netanyahu ahli neraka jahanam, keganasan Israel sudah menelan lebih 3,700 korban

Oleh NURAIMAN

Selebriti popular Neelofa menganggap Perdana Menteri Israel sebagai ahli neraka ketika keganasan Israel di Palestin memasuki hari ke-14 dengan jumlah korban mencecah sekurang-kurangnya 3,785 orang.

Neelofa yang pernah digelar jutawan ketika usianya 26 tahun itu menyifatkan apa yang dilakukan
Benjamin Netanyahu sebagai genosid iaitu pembunuhan beramai-ramai.

Meluahkan rasa berangnya itu di Instagram, beliau menegaskan bahawa dunia perlu diberitahu bahawa Netanyahu adalah penjenayah perang.

“Kongsi kepada dunia bahawa Netanyahu adalah penjenayah perang. Tindakan mereka adalah genosid.

“Membunuh keluarga, bayi, kanak-kanak, golongan wanita dan lelaki di Gaza adalah jenayah perang,” tegas bekas pengacara MeleTOP itu.

Beliau berpendapat gelaran tersebut layak diberikan kepada pemimpin negara haram tersebut yang telah melakukan kekejaman terlampau terhadap penduduk Palestin.

Sehubungan itu, pemilik kepada nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor berkenaan berharap Allah membalas segala kejahatan yang sudah dilakukan rejim zionis laknatullah dan juga Netanyahu.

“Inilah wajah laknatullah yang akan menghiasi neraka jahanam. Penghulu segala iblis.

“Ya Allah, lemparkanlah azab-Mu yang terkutuk terhadap syaitan bertopengkan manusia ini.

“Kau berikanlah ganjaran pahala dan syurga tertinggi buat unat Islam di Palestin, amin,” rayunya.

Setakat 20 Oktober, sekurang-kurangnya 3,785 penduduk Palestin maut dibedil bom Israel manakala lebih 12,400 orang cedera termasuk kanak-kanak dan wanita.

Sifat ahli neraka jahanam rejim Zionis diterajui Netanyahu juga terang lagi nyata apabila tentera Israel tergamak mengebom hospital, masjid dan gereja selain bangunan menempatkan ribuan warga Palestin yang sudah sekian lama terkepung di Gaza.

Baca:

Mahu jual rumah disewa nak cari ‘side income’, waris diharap jenguklah rumah di Rawang

Jerit marah sambil baca teks, cara Ahli Parlimen ini berbahas jadi bualan warganet

Menteri nak muntah serbu bilik sewa saiz ‘liang lahad’, “memang tiada ciri kemanusiaan”