Realtime website trackingweb stats

Nampak sama tapi bukan, resipi kuih limas tradisi Perak yang patut anda pelajari

Oleh ADINDA

Kuih Limas Asli Perak adalah hidangan tradisional yang memikat dengan rasa yang mirip dengan tepung pelita, namun keistimewaannya terletak pada jenis tepung yang digunakan.

Kuih limas ialah sejenis kuih tradisional dari negeri Perak yang menggunakan tepung gandum. Penggunaan tepung inilah yang membezakan kuih limas dengan kuih tepung pelita yang menggunakan tepung beras.

Malahan, kuih limas juga menyerupai kuih sampan. Jangan terkeliru, jika anda ingin membeli kuih limas. Tetapi, untuk lebih selamat, kenapa tidak cuba membuat kuih limas sendiri di rumah dengan resepi ini?

Pada pandangan pertama, orang mungkin akan mengira itu kuih tepung pelita, tetapi sebenarnya bukan. LIMAS Perak, hanya orang Perak sahaja tahu kuih ini.

Jika anda mencarinya di pasar malam “30 hari 30 bazar”, mungkin anda tidak akan jumpa. Biasanya, orang sering jual tepung pelita.

Nampak sama tapi bukan resipi kuih limas tradisi Perak yang patut anda pelajari

Perbezaannya terletak pada proses pembuatan dan bahan-bahannya:

Limas menggunakan tepung gandum, dikukus sehingga lapisannya hijau dan putih masak.

Tepung pelita menggunakan tepung beras, dimasak hingga kental dan kemudian dimasukkan ke dalam bekas.

Lapisan bawah kuih limas ini yang paling sedap kerana ada air gula. Ramai juga orang luar yang kenal akan kuih ini.

Apabila ditanya, sama ada abang limas atau tepung pelita lebih sedap, sebenarnya mereka mempunyai rasa yang unik masing-masing. Walaupun, pada hakikatnya, keduanya adalah saudara sepupu.

Resepi kuih limas Perak

(Lapisan hijau)

  • 2 cawan santan cair
  • 1 1/2 cawan air pandan
  • 4 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • 1 1/4 cawan tepung gandum + 1 sudu lagi
  • Pewarna
  • Campur semua bahan sehingga sebati.

(Lapisan putih)

  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 1 sudu gula
  • Campur semua bahan hingga sebati.
  1. Masukkan gula pasir dalam kelongsong/sampan/bekas.
  2. Masukkan campuran hijau.
  3. Kukus selama 12 minit.
  4. Sejukkan kemudian masukkan lapisan putih.
  5. Kukus selama 10 minit.
  6. Kuih limas siap untuk dihidangkan!

Nikmati kelezatan Kuih Limas Perak yang unik ini, pasti memikat selera dan menyeronokkan lidah anda!

Baca:

“Tak kelakar la” – Gara – gara sebuah ‘content’ libatkan anak, tindakan pelakon ini dikecam netizen

Mahu tampil bersemuka, Ruhainies sedia mohon maaf setulus hati?

Kemesraan Syed Saddiq dengan anak Bella jadi bualan, ada apa-apa ke?