Realtime website trackingweb stats

Nak tahu telur segar ke tidak, rendam je dalam air dah boleh tahu

Oleh SHAZLIN AZIZ

Kekurangan stok telur dalam pasaran telah mendorong ramai untuk membelinya secara borong.

Namun, telur memiliki jangka hayat yang sangat singkat dan mudah rosak jika tidak disimpan dengan betul.

Bagi anda yang gemar menyimpan stok telur di rumah, cubalah kaedah rendaman seperti yang dikongsikan oleh

@emilyxlevi di laman Instagram untuk mengetahui tahap kesegaran bahan tersebut.

Telur yang sudah lama dan busuk biasanya akan terapung di permukaan dengan kulitnya dipenuhi bintik-bintik hitam.

Nak tahu telur segar ke tidak, rendam je dalam air dah boleh tahu

Telur yang kurang segar akan tenggelam tetapi kelihatan ‘berdiri’ di dalam air. Telur seperti ini mungkin sudah melebihi tiga minggu, namun masih boleh dimakan.

Telur yang segar akan tenggelam dan rata di dasar selain kelihatan berat.

Keadaan ini disebabkan oleh kadar ruang udara di dalam telur yang segar masih kecil.

Dari Dapur TOKMA - CARA UJI KESEGARAN TELUR ========================  Sebelum membuat kek, sila buat ujian kesegaran telur dulu ye kerana tahap  kesegaran telur sangat mempengaruhi kejadian kek yang bakal anda hasilnya.  Jika

Jika ruang udaranya semakin besar, telur tersebut telah kehilangan kandungan air di dalamnya.

Untuk memastikan telur dapat digunakan dalam jangka masa yang lebih lama, disarankan untuk menyimpannya di dalam peti sejuk.

BACA: 5 sisi gelap cikgu-cikgu di Malaysia yang murid takut nak ‘spill’