Realtime website trackingweb stats

Muncul ‘sink hole’ depan balai Polis, 50M dari lokasi Jalan Masjid India

Oleh AHMAD ISMAIL

Belum selesai isu tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, satu lagi kejadian mendapan tanah telah dikesan berhampiran lokasi kejadian sebelumnya.

Dilaporkan bahawa mendapan tanah terbaru itu berlaku kira-kira 50 meter dari tempat kejadian lubang benam yang berlaku pada hari Jumaat lalu.

Mendapan tersebut dipercayai berlaku sekitar 2.30 pagi pada hari Rabu akibat hujan lebat yang turun pada malam Selasa.

Kawasan itu kini telah ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Menurut Astro Awani, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman mengesahkan kejadian mendapan tanah baharu di Jalan Masjid India pada pagi Rabu.

Muncul 'sink hole' depan balai Polis, 50M dari lokasi Jalan Masjid India

Beliau mengesahkan perkara tersebut semasa lawatan ke lokasi sekitar jam 9.30 pagi untuk meninjau keadaan semasa.

Beliau juga memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membincangkan kemungkinan untuk memperluaskan penutupan jalan di kawasan tersebut.

Pada pagi Jumaat lalu, seorang wanita warga India dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter akibat insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Mangsa, yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, masih belum dijumpai setakat pagi Rabu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah memasuki hari keenam dan diteruskan pada pagi Rabu.

BACA: Wanita minta tips nak masuk hospital seminggu, rupanya penat layan karenah suami