Realtime website trackingweb stats

Wanita minta tips nak masuk hospital seminggu, rupanya penat layan karenah suami

Oleh NUR KASIH

Tindakan seorang wanita yang meminta tips atau panduan di media sosial telah berjaya mengundang perbincangan hangat baru-baru ini.

Mana tidaknya, wanita berkenaan meminta tips daripada orang awam mengenai cara untuk dimasukkan ke hospital selama seminggu.

Hal ini kerana, wanita itu tidak mempunyai wang untuk menampung kos kehidupan selama seminggu jika dia memutuskan untuk lari dari rumah.

Difahamkan, isteri malang itu sebenarnya ingin merehatkan diri sebentar kerana sudah penat melayani karenah sang suami.

Memerlukan waktu untuk bersendiri, wanita itu juga mahu suaminya merasai sendiri pengalaman menguruskan anak-anak tanpa bantuannya.

Wanita minta tips nak masuk hospital seminggu, rupanya penat layan karenah suami

“Hai, boleh tak beritahu bagaimana cara nak duduk hospital seminggu? Aku penat dengan perangai suami. Mahu lari rumah, duit tiada.

“Aku mahukan ‘me time’ sendiri, biar dia rasa urus anak-anak. Mental aku rabak layan perangai suami dari anak-anak,” soalnya.

Tular di media sosial, rata-rata pengguna media sosial meluahkan kekhuatiran mereka terhadap keadaan mental pengadu.

Tidak boleh dipandang remeh, pengadu dinasihatkan untuk mendapatkan penilaian dan rawatan kesihatan mental daripada pakar psikiatri.

Namun, ada juga pengguna laman Twitter yang serius dalam memberikan tips bagaimana cara untuk dirawat di hospital selama seminggu.

“Kakak, awak perlu jumpa pakar psikiatri. Doktor akan memberikan nasihat yang terbaik untuk anda. Jangan tahan, nanti makan diri,” nasihat seorang pengguna.

“Cuba makan telur tembelang. Insya-Allah dimasukkan ke hospital selama dua hingga tiga minggu. Cubalah.” Kongsi pengguna lain.

Semoga wanita itu sedar dan diberikan kekuatan untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan agar tidak menjejaskan kesihatan mentalnya.

Baca juga: 25 tahun berhabis RM500,000 demi menjadi ibu, akhirnya hamil di usia 53 tahun