Realtime website trackingweb stats

Minum terlalu cepat pun boleh mati, rupanya ibu dua anak ini kena keracunan air

Oleh ADINDA

Minum terlalu cepat pun boleh mati, rupanya ibu dua anak ini kena keracunan air. Tiada siapa menyangka hanya kerana minum air 1.8 liter air dalam tempoh 20 minit, boleh membawa maut.

Namun itu yang dialami ibu dua anak dari Indiana, Amerika Syarikat (AS), Ashley Summers, 35, yang meninggal dunia akibat ketoksikan atau keracunan air akibat minum air terlalu cepat.

Terdahulu, wanita itu sempat menghabiskan masa di Tasik Freeman bersama suami dan dua anak perempuannya pada hujung minggu selama empat hari bermula 1 Julai lalu.

Menurut keluarganya, Ashley mengadu berasa pening dan sakit kepala yang teruk selain mengalami dehidrasi.

Ashley berasa haus menyebabkan dia minum air yang banyak bagi menghilangkan dahaga sebelum rebah di garajnya dan dibawa ke hospital.

Abangnya, Devon Miller memberitahu kakaknya Holy menghubunginya dan memaklumkan keadaan Ashley .

“Ashley mengalami bengkak otak, mereka tidak tahu apa puncanya dan tidak tahu apa yang boleh dilakukan untuk menurunkannya dan ia tidak kelihatan baik. Dia tidak sedar sehingga kematiannya.

“Ia adalah satu kejutan kepada kami semua. Apabila mereka bercakap tentang ketoksian air, saya tidak boleh membayangkan benda ini ada,” katanya.

Sementara itu, pakar toksikologi Dr A.S. Blake Froberg memaklumkan punca kematian yang jarang berlaku lebih berkemungkinan berlaku ketika musim panas atau jika seseorang bekerja di luar atau kerap bersenam.

“Ada perkara tertentu yang boleh membuat seseorang lebih berisiko untuknya, tetapi perkara keseluruhan yang berlaku adalah mempunyai terlalu banyak air dan tidak cukup natrium dalam badan anda,” katanya.

Kematian Ashley menyelamatkan lima nyawa lain apabila dia mendermakan jantung, hati, paru-paru, buah pinggang dan tisu tulang kepada mereka memerlukan.

Baca:

Objek dikesan terbang mirip UFO, ramai pula yang nampak di lokasi berbeza

Misteri batu besar keluar dari dinding rumah Azhar Sulaiman, dah guna pelbagai cara tapi tak pecah

Negara bukan Islam ini ‘rehatkan’ internet 8 jam, Malaysia patut contohi elak kanak-kanak dan remaja rosak