Realtime website trackingweb stats

Menabung cara ini paling sesuai untuk orang boros, ini kaedahnya

Oleh AHMAD ISMAIL

Banyak yang beranggapan bahawa amalan menabung hanya mungkin dilakukan jika seseorang mempunyai lebihan pendapatan atau gaji.

Namun, sebenarnya, menabung boleh dilakukan walaupun pendapatan seseorang adalah kecil dan mempunyai banyak komitmen bulanan.

Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Farhana Aini Omar berkongsi teknik tabungan yang membolehkan

seseorang memiliki simpanan pada akhir tahun walaupun dia boros dan gemar berbelanja.

Menurutnya, dia memulakan tabungan dengan mengumpul wang kertas bernilai RM5.

Menabung cara ini paling sesuai untuk orang boros, ini kaedahnya

Bagi menjayakan misi ini, dia memastikan bahawa wang berwarna hijau tidak pernah digunakan, kerana ia dikhaskan untuk tabungan.

Farhana Aini mula mengamalkan ini sejak awal tahun 2020, dan pada mulanya dia merasakan ragu-ragu terutama ketika wang menjadi terhad.

Namun, dia menekankan bahawa disiplin adalah kunci, dan sentiasa berfikiran positif bahawa amalan menabung adalah untuk kebaikan diri sendiri.

“Lama-kelamaan, ia tidak lagi terasa sebagai beban dan secara automatik, apabila saya melihat wang berwarna hijau… saya akan mengasingkannya,” katanya.

“Apabila tiba masanya, bawa wang tersebut ke bank atau mana-mana kaedah simpanan yang disukai.

Amalan ini sesuai untuk orang yang boros. Anda boleh menyimpan wang warna apa pun atau berapa pun nilainya, tetapi pastikan ia tidak memberatkan,” tambahnya.

Melalui hantaran di laman sosial, ramai netizen turut berkongsi kaedah simpanan yang sama dan menunjukkan hasil daripada amalan menabung masing-masing.

BACA: Guna minyak masak je, wanita ini kongsi cara pokok mangga berbuah lebat sampai patah dahan