Mereka yang suka menanam pokok buah-buahan pasti berharap untuk mendapat hasil yang melimpah dan berkualiti.
Namun, terkadang pokok yang ditanam mungkin tidak berbuah dengan baik walaupun dirawat dengan baik.
Seorang wanita berkongsi teknik yang digunakan untuk memastikan pokok mangga berbuah lebat menerusi hantaran di laman Facebook.
Menurutnya, pokok mangga yang ditanam di tepi jalan telah berbuah dengan lebat sehingga dahan pokoknya kendur,
malah satu dahan besar pun patah akibat buah yang terlalu banyak.
Berikut adalah kaedah yang dilakukan oleh wanita tersebut pada tanaman mangganya yang tidak hanya berbuah lebat, tetapi juga memiliki isi yang manis:
1. Galilah lubang berjarak 30 sentimeter di sekeliling batang pokok.
2. Tuangkan minyak masak terpakai ke dalam lubang tersebut.
3. Jika buah mangga diserang oleh ulat, taburkan garam kasar di sekeliling pokok pada jarak kira-kira 30 sentimeter dari batang.