Realtime website trackingweb stats

Mahu jual rumah disewa nak cari ‘side income’, waris diharap jenguklah rumah di Rawang

Oleh SHAZLIN AZIZ

Keputusan seorang individu mahu menjual rumah yang disewanya dengan alasan ingin mencari ‘side income’ memang mengejutkan.

Tak tahu halal dan haram, individu tersebut dilihat nekad untuk berbuat demikian selepas pemilik rumah di Rawang, Selangor itu gagal dihubungi sejak 2021.

Logik yang dia gunakan ialah disebabkan dia dah 3 tahun tinggal di rumah itu sebelum ada anak hingga anaknya sudah berkahwin.

Oleh itu, dia merasakan berhak untuk jual atau sewakan rumah yang terang lagi bersuluh bukan haknya.

Mengundang kecaman netizen apabila keinginannya itu disuarakan dalam kumpulan Facebook, Tukang Apa Hari Ini.

Walaupun, orang ramai menasihatkannya supaya tidak berbuat begitu, dia nampaknya degil tak mahu dengar nasihat.

Semua cadangan yang diberi disambut dengan pelbagai alasan. Disuruh buat carian geran atau cari waris kediaman itu, dia tak mahu sebab tak mahu keluar duit.

Disuruh baiki apa yang rosak sebab katanya sebelum itu, rumah itu sudah banyak rosak, dia tidak mahu sebab dia hanya penyewa.

Tambah ‘pelik’ apabila dia boleh menganggap pemilik rumah yang didiaminya itu tidak boleh tuntut tunggakan sebab sudah tiga tahun menghilangkan diri.

Malah, jika waris nak halau keluar pula dijawabnya, “tak boleh halau orang yang duduk dalam rumah. Penyewa ada hak!”

Susulan itu, warganet menyifatkan penyewa tidak tahu halal dan haram itu jelas mempunyai sifat Israel.

“Walaupun orang Melayu Islam, tapi DNA Israel dia pekat sungguh. Dia rasa dia je terpaling susah.

“Bagi betis nak peha dan tak rasa langsung apa yang dia buat tu salah di sisi undang-undang dan juga agama,” kata Hazirah Hamzah.

Baca:

Jerit marah sambil baca teks, cara Ahli Parlimen ini berbahas jadi bualan warganet

Menteri nak muntah serbu bilik sewa saiz ‘liang lahad’, “memang tiada ciri kemanusiaan”

MYTV dedah punca gantung operasi Awesome TV bermula 2 November