Realtime website trackingweb stats

Macam dia saja ada ‘barang’, aksi selamba tayang wanita ini akhirnya jadi buruan polis

Oleh AHMAD ISMAIL

Entah mengapa seorang wanita tergamak menayangkan anggota tubuhnya di khalayak awam sehingga aksinya yang mengaibkan itu tular di media sosial.

Wanita berkenaan baru-baru ini berkelakuan tidak sopan dan berpakaian separuh bogel di sekitar jalan utama dekat Kota Kinabalu.

Belum jelas sama ada warganegara Malaysia atau bukan, terdapat empat gambar wanita itu sudah pun tersebar sejak 19 Oktober.

Dua gambar menunjukkan wanita yang menayangkan payudara dan punggungnya, manakala dua gambar lagi wanita hanya berpakaian dalam di sekitar Jalan Gaya pada siang hari.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah dilapor berkata,
kes disiasat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan juga Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mengenali individu atau mempunyai maklumat supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Hatin Amera Mohd Khir di talian 011-12939436 atau balai polis berdekatan.

Baca:

‘Harap harga tiket AirAsia lebih murah’, netizen berseloroh selepas jutawan ini tayang tubuh

Malaysia catat kadar kerintangan insulin tertinggi di Asia Tenggara, ini 7 fakta pakar elak hidap diabetes

Mana pula datang deretan lima kubur di tepi jalan? Ketua kampung wanita ini tampil lerai ‘misteri’