Realtime website trackingweb stats

Mana pula datang deretan lima kubur di tepi jalan? Ketua kampung wanita ini tampil lerai ‘misteri’

Oleh NURAIMAN

‘Misteri’ deretan lima ‘kubur’ di tepi sebatang jalan raya di Purwakarta, wilayah Jawa Barat akhirnya terjawab.

Timbunan tanah menyerupai kubur lengkap pula dengan kain putih dan ditaburi bunga muncul rupanya palsu.

‘Kubur-kubur’ itu terpaksa dibina sebagai usaha untuk menakut-nakutkan individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di lokas tersebut.

Hal itu diakui Ketua Kampung Cinangka, Ida Marlina sekali gus menjawab tanda tanya orang ramai terutamanya penduduk tempatan.

Menurutnya, binaan kubur palsu itu sengaja dibuat kerana ada banyak longgokan sampah-sarap di kawasan jalan tersebut sebelum ini.

“Saya sudah letih dan bosan dengan keadaan jalan yang dipenuhi longgokan sampah. Setiap minggu saya terpaksa membersihkan sampah.

“Namun, selepas dibersihkan, masih ada lagi penduduk yang membuang sampah,” lapor laman berita Detik baru-baru ini.

Beliau kemudiannya mendapat ilham untuk meletakkan tanah merah dengan bentuk menyerupai kubur bagi menakut-nakutkan orang ramai agar tidak membuang sampah.

“Dulu pernah juga kami buat begitu tetapi tidak menjadi tular. Namun, Alhamdulillah kerana keadaan di lokasi terbabit bertukar bersih untuk beberapa ketika.

“Namun, disebabkan kawasan itu kembali kotor, kami sekali lagi membuat binaan lima ‘kubur’,” tambah Ida lagi.

Baca:

Tersenyum dapat kunci Toyota Alphard, ramai teruja dengan ‘kejayaan’ Mohd Amar, takkan nak pakai Viva

Pernah menyewa bersama tapi tergamak tikam kawan 40 kali, ini bahana bila cemburu dah meluap

Sering bermimpi perkara-perkara sebegini, badan anda mungkin dihuni jin atau saka