Realtime website trackingweb stats

Luar biasa dia punya servis, rupanya ini punca peniaga titiskan air kelapa muda di telapak tangannya

Oleh SHAZLIN AZIZ

Seorang peniaga kelapa muda di Lestari Putra, Seri Kembangan, Selangor mendapat pujian pelanggan kerana memberikan servis yang luar biasa.

Peniaga terbabit rupanya memastikan air kelapa muda yang dijualnya adalah terbaik dan cukup manis untuk pelanggannya.

Tindakannya menitiskan air kelapa muda di telapak tangan dan merasanya sebelum segera menukar dengan air kelapa baru dan manis menarik perhatian pengguna.

Ikuti cerita Muhamad Harris Nasril berkenaan peniaga yang jujur itu ketika beliau berkunjung ke gerai anak muda itu pada 26 September lalu:

Luar biasa dia punya servis, rupanya ini punca peniaga titiskan air kelapa muda di telapak tangannya

Tadi saya beli air kelapa di tepi jalan berdekatan dengan rumah saya semasa dalam perjalanan pulang memandu jemput anak saya, Daniel balik sekolah.

Belakang gerainya itu ada parit, itu ‘port’ memancing tilapia. Petang-petang ramai orang memancing ikan di sini.

“Bungkus tiga dik. Tak nak gula ya” saya memesan.

“Ais nak bang?” tanya dia.

“Nak. Dua ikat tepi, satu ikat mat1.” saya jawab.

“Eh, tembikai ni berapa sepotong?” tanya saya lagi selepas melihat ada beberapa buah potong di atas meja gerainya.

“Dua ringgit bang”

Saya kemudian ambil sepotong, bayar semua, dan terus makan sambil menunggu dia memotong kelapa.

Siap bungkusan air kelapa yang pertama, saya terus ambil dan beri pada Daniel yang sedang kehausan, dia sedang duduk dalam kereta.

Siap kedua pula, ini ikat mat1, saya simpan terus dalam kereta.

Saya kemudian kembali semula ke gerai kelapa untuk bungkusan ketiga.

Ketika itu saya perhatikan dia sedang menuangkan air kelapa bungkusan ketiga itu dari cawan besi tahan karat.

Apabila penuh, dia ikat tepi, tetapi dia tidak berikan pada saya bungkusan ketiga itu.

Dia titiskan beberapa titisan air kelapa baki dari cawan besi tahan karat itu ke telapak tangannya.

Kemudian dia hisap, untuk rasa air kelapa tersebut.

“Saya buat baru bang” katanya.

“Ha? kenapa?” saya kebingungan.

“Tawar bang. Tak manis” katanya.

Dia kemudian membelah kelapa baru, yang lebih banyak isi. Lalu memberikan kepada saya bungkusan yang terakhir itu.

Saya terus ambil dan rasa. Manis betul. Tanpa gula.

Wow! Ini pertama kali saya jumpa penjual kelapa yang sebegini jujur. Dia tak jual pun air kelapa yang tawar tu. Dia buat baru. Hebat.

Semoga adik ini yang berniaga di https://maps.app.goo.gl/dhNGa9dkUjxMiss88 dimurahkan rezeki dan lebih ramai pelanggan datang.

Baca:

Peniaga air balang macam tak percaya rezeki yang Allah beri, Amir Raja Lawak pula terpaksa minta maaf

Kisah lelaki tua setahun baru terjawab, jurugambar ini kongsi foto paling mengesankan

Boleh pula buang ‘pampers’ anak di air tejun, ini 10 fakta tentang sungai di negara kita wajib tahu