Realtime website trackingweb stats

Lelaki habiskan RM63,000 semata-mata nak jadi anjing, siap jalan-jalan di taman

Oleh ADINDA

Lelaki habiskan RM63,000 semata-mata nak jadi anjing, siap jalan-jalan di taman. Lelaki Jepun mengubah dirinya menjadi seekor anjing selepas membelanjakan lebih AS$14,000 (RM63,525) untuk pakaian buatan khas.

Lelaki itu menggelar dirinya Toco dalam saluran YouTube, berkongsi perjalanannya merealisasikan impiannya menjadi ‘haiwan’ dengan lebih 32,000 pelanggan saluran itu.

Dia menunjukkan diri baharunya dalam kostum haiwan itu sambil bermain di padang rumput dan berguling di lantai tak ubah seperti anjing.

Toco juga memuat naik video dirinya tampil dengan kostum anjing baka collie itu di khalayak ramai buat kali pertama.

Lelaki habiskan RM63,000 semata-mata nak jadi anjing, siap jalan-jalan di taman. Lelaki Jepun mengubah dirinya menjadi seekor anjing selepas membelanjakan lebih AS$14,000 (RM63,525) untuk pakaian buatan khas.Lelaki itu menggelar dirinya Toco dalam saluran YouTube, berkongsi perjalanannya merealisasikan impiannya menjadi 'haiwan' dengan lebih 32,000 pelanggan saluran itu.

Orang ramai kelihatan kagum dengan penampilan sulung lelaki itu ketika dia bersiar-siar di jalanan yang sibuk.

Video berkenaan mendapat perhatian ramai hingga meraih lebih 1.7 juta tontonan.

Toco berkata, dia melengkapkan kostum itu dengan tali pinggang khas yang diikat pada perutnya yang berbulu, tetapi mengakui dia gugup dan takut untuk keluar di khalayak ramai.

“Awak ingat mimpi awak dari kecil? Awak mahu menjadi wira atau orang yang punyai kuasa ajaib.

“Saya masih ingat menulis dalam buku tamat pengajian sekolah rendah, saya mahu menjadi anjing dan berjalan di luar,” katanya menerusi klip itu.

Toco turut menjawab beberapa soalan dalam video yang disiarkan tahun lalu, mengakui dia sentiasa mempunyai impian ‘samar-samar’ untuk menjadi haiwan sejak masih kecil.

“Apabila saya memenuhi impian itu, beginilah keadaannya,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki itu berkata, dia menyembunyikan minatnya itu daripada pengetahuan keluarga dan rakannya.

“Saya jarang memberitahu orang terdekat kerana takut mereka akan menganggap saya pelik.

“Atas sebab itu saya selesa tidak menunjukkan diri sebenar saya di sebalik kostum ini,” katanya kepada portal Mirror.

Lelaki habiskan RM63,000 semata-mata nak jadi anjing, siap jalan-jalan di taman. Lelaki Jepun mengubah dirinya menjadi seekor anjing selepas membelanjakan lebih AS$14,000 (RM63,525) untuk pakaian buatan khas.Lelaki itu menggelar dirinya Toco dalam saluran YouTube, berkongsi perjalanannya merealisasikan impiannya menjadi 'haiwan' dengan lebih 32,000 pelanggan saluran itu.

Sementara itu, jurucakap syarikat yang mengeluarkan kostum collie milik Toco itu, Zeppet berkata, pihaknya mengambil masa 40 hari untuk mencipta kostum fesyen berbulu itu yang menelan belanja AS$14,161 (kira-kira RM64,255).

“Diinspirasikan dari anjing collie, ia menghasilkan semula anjing sebenar yang dapat berjalan dengan empat kaki,” katanya

Baca:

Murid ini tiba-tiba jumpa cikgu mintak nak healing tengok movie di sekolah, cikgu layan je siap hidang karipap

Sering tunjuk wang berkepuk-kepuk, influencer ditemui mati dengan badan dikerat-kerat

Lelaki dihukum penjara 27 tahun akibat bunuh Oyen dengan cara paling mengerikan