Realtime website trackingweb stats

Lelaki dedah mengapa ‘handling’ Bezza macam sampan

Oleh HADI KAMARUDIN

Walaupun bergelar usahawan yang berjaya, Khairulaming tetap memilih Perodua Bezza sebagai kenderaan miliknya untuk kegunaan seharian.

Menurut satu hantaran di Twitter, beliau sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditonjolkan kereta tersebut.

Walaupun begitu, Abe Nazz Zain turut mempunyai pendapat beliau. Kita boleh pakai apa jua kereta yang kita ingin pakai,

asalkan tidak menyusahkan orang lain. Ingin tahu lebih lanjut kenapa beliau berkata demikian? Jom kita ikuti perkongsian di bawah.

Nak pakai Bezza ke nak pakai Honda ke nak pakai Mini ke, pakailah.

Lelaki dedah mengapa ‘handling’ Bezza macam sampan

Asalkan tak menyusahkan orang lain, dahlah.

Asalkan tak perlu pinjam duit mak bapak adik beradik hujung bulan, dahlah.

Asalkan tak monyok muka pergi kerja sebab gaji naik sikit sangat tahun ni sampai tak mampu nak bayar ansuran kereta, dahlah.

Asalkan tak tekan majikan minta naik gaji atau bonus sebab tak mampu nak bayar road tax, maintenance, dan takaful kenderaan.

Tapi the fact is, Bezza punya handling still macam sampan. Tak kisahlah apa korang nak justify.

Handling ni mungkin bagi sesetengah orang tak penting. Tapi ianya penting bila anda tak dapat elak benda kat depan atas jalan dan terbabas jatuh kat gaung. Contoh.

Abe pun ada Axia. Okay je. Ada masa best bawak dalam Setia Alam ni. Kereta Axia ni pun banyak jasanya.

Tapi the fact is, agak risau juga kalau eksiden atas hihgway berbanding bawak Mini. Abe pernah accident bila bawa Axia tu. Scary dan keropok sekali engineeringnya.

axia

Ada sebab jurutera kereta spend a lot of money on building good high quality cars.
Ada sebab kenapa some cheap cars are cheap. Safety is one of thing yang mereka terpaksa compromise dan letak ke tepi.

Sometimes kita kena faham, hidup ni tak sesimple mana yang diperkatakan oleh pakar kewangan.

Kalau anda simpan duit kaw-kaw setiap bulan, tapi bila eksiden jadi keropok keping pun bahaya juga.

Tak caya cuba eksiden dalam kereta Volvo berbanding kereta Perodua Bezza at 100km/j. Masa tu ada RM10 juta dalam bank pun tak guna dah.

Just not worth it.

Life is an art of balancing.

Sebab tu Abe layan jelah post fakar kewangan ni.

Dah fakar tu jenis tak de passion kat kereta, camtulah dia akan tulis kat post dia. Tak salah pun dia tulis cuma take it with a pinch of salt.

Cam Abe, Abe tak minat beli baju mahal-mahal. Abe minat kereta. Jadi salah ke orang yang suka beli baju dan tudung mahal-mahal?

Kenapa nak beli baju mahal sedangkan ada baju murah?

Jawapannya ialah passion. Dah tu minat dia.

Abe kasi satu tips hemat kewangan satu. Kalau anda nak jimat duit sangat takyah pakai baju terus. Telanjang bulat jelah pasti hemat kewangan.

The point is, nak pakai baju mahal tak salah, kalau anda mampu dan tak menyusahkan orang lain.

Yang agak salah ialah bila anda hutang keliling pinggang, takde duit simpanan hujung bulan, tapi bergaya macam retis memanjang.

Pastu minta bantuan adik-beradik dan mak bapak hujung bulan. Bil eletrik tertunggak, sewa rumah tak berbayar, dan lain-lain.

Ukurlah baju di badan sendiri

Akhir kalam, ukurlah baju di badan sendiri. Tak mampu janganlah beli. Takde passion pun takyahlah beli. Sampan pun okay je.

BACA: lelaki ini kongsi cara nak pergi China naik kereta api dari Perlis