Realtime website trackingweb stats

lelaki ini kongsi cara nak pergi China naik kereta api dari Perlis

Oleh NUR KASIH

Seperti yang sedia maklum negara China merupakan negara terbesar di benua Asia dengan mempunyai bilangan penduduk paling ramai.

Negara ini merupakan salah satu destinasi buat para pelancong kerana kaya dengan bentuk muka buminya yang unik seperti gunung-ganang yang memukau.

Selain itu, Tembok Besar China juga antara salah satu keajaiban dunia dan menjadi mercu tanda negara itu.

Jadi, tidak hairan ramai pelancong ingin bercuti ke sana.

Tetapi, tahukah anda, bagi rakyat Malaysia mereka boleh menggunakan kereta api dari Malaysia ke China sebagai alternatif selain menggunakan kapal terbang?

lelaki ini kongsi cara nak pergi China naik kereta api dari Perlis

Menerusi cara ini, pelancong juga dapat menghayati perjalanan dengan lebih tenang

Nak tahu cara menaiki kereta api dari Malaysia ke China, jom ikuti perkongsian Muhammad Syauqi di bawah.

Tip Naik Train Dari Malaysia Ke China

Malaysia ke China guna kereta api

Route: Arau-Kunming

Arau-Padang Besar (15 minit komuter) : RM 3.20Padang Besar-Hatyai (1 jam train) : RM 8Hatyai-Bangkok (16 jam 3rd class train) : RM 45Bangkok-Nong Khai (10 jam sleeper train) : RM 124Nong Khai-Thanaleng (15 minit train) : RM 3Thanaleng-Vientiane (minivan) : RM 50Vientiane-Luang Prabang (2 jam train) : RM 76Luang Prabang-Boten (2 jam 30 min train) : RM 38Boten-Imigresen (minivan) : RM 11Imigresen-Mohan (bas) : RM 3Mohan-Kunming (6 jam train) : RM 175

Total: RM 536

Tiket semua beli di kaunter kereta api kecuali Bangkok-Nong Khai, beli secara dalam talian di State Railways Thailand (SRT).

Tiket ada yang dibayar dengan Baht (Thailand), Lao Kip (Laos) dan Renminbi (China). Cuma aku tukar siap-siap dalam ringgit untuk memudahkan orang yang membaca.

Aku bukanlah orang pertama naik kereta api ke China. Ramai orang dah buat.

Cuma berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri, mana tahu ada yang terinspirasi untuk turut sama mengembara cara sebegini.

Nak mudah dan jimat masa, terbang sahaja ke negara China. Tapi, nak adventure dan banyak cerita, boleh guna jalan darat dari Malaysia.

Train dari Luang Prabang ke Boten, destinasi akhir sebelum melepasi sempadan China.

Sampai di train station Boten, keluar naik minivan yang diparkir di hadapan stesen. Minivan akan bawa ke imigresen Boten, kira-kira 10 minit dari train station.

Dekat sini akan cop pasport keluar Laos. Semua kena bayar cash 20k Lao Kip (kira-kira RM5). Katanya processing fee.

Dah keluar Laos, kena jalan kaki dalam 300 meter sebelum jumpa bangunan ni.

Ini adalah imigresen China di Mohan. Kiranya, kena selesai dulu cop pasport dan selesaikan departure atau arrival card yang diberikan.

Bila dah selesai, akan ada bas menunggu di seberang bangunan. Naik bas tersebut dan turun di Mohan Train Station.

Train dari Mohan ke Kunming 6 jam perjalanan.

Aku bernasib baik sebab selesai dekat imigresen tu cepat dan sempat kejar bas dan beli tiket kereta api segera.

Ini kereta api terakhir untuk ke Kunming hari itu. Jam 5.55 petang bertolak. Aku sampai stesen kereta api dalam pukul 5.15 petang.

Dekat bandar Kunming senang nak ke mana-mana pakai metro je. Ini map metro. Siapa yang biasa naik LRT dekat KL tu takda hal lah.

Metro Map Bangkok.

Semoga bermanfaat.

BACA: Cara mudah tukar surat beranak lama kepada baru, bayar RM5 saja, ikut panduan ini