Realtime website trackingweb stats

Lagu kena buka kuat-kuat di speaker bila pakcik makcik ‘bawang’ datang raya

Oleh ADINDA

Walaupun sudah beristeri Halim Ahmad, 38, ada menghasilkan lagu yang mewakili mereka yang ‘single’ kena dengan mood hari raya ini.

Lirik lagunya ssuai buat golongan pak cik dan mak cik ‘bawang’ untuk tidak bertanya perihal kahwin ketika berkumpul ketika hari raya.

“Isu itu tak lapuk dan mungkin boleh relate (berkaitan) dengan ramai orang terutama yang bujang setiap kali tibanya hari raya,” katanya dipetik Harian Metro.

Lagu kena buka kuat kuat di speaker bila pakcik makcik bawang datang raya

Ramai menganggap apa disampaikan dalam lagu bertajuk ‘Tolong Jangan Tanya’ itu mewakili isi hati mereka yang sering diajukan pertanyaan soal jodoh oleh saudara-mara setiap kali pulang beraya di kampung.

Halim berkata, lagu itu adalah ciptaan dia sepenuhnya dan sudah dilancarkan tujuh tahun lalu.

“Lama sudah… saya buat lagu dan lirik itu dalam satu malam saja pada awal Ramadan tahun berkenaan.

“Cuma waktu itu tak ada label rakaman besar, pasarkan pun melalui media sosial saja dan tak dapat diputarkan di radio kerana sepatutnya dihantar lebih awal iaitu sebelum Ramadan.

“Jadi, saya tahu ramai tak tahu kewujudan lagu itu.

“Jadi, cuba nasib muat naik semula lagu itu di TikTok tahun ini kerana teringin juga nak lagu raya sendiri dimainkan.

“Alhamdulillah, karya saya itu diterima jika melihat ruangan komen dan tak sangka sebenarnya.

“Malah, ramai juga orang Indonesia sukakannya,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berterima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa mendengar lagu berkenaan dan berkongsi di laman sosial mereka.

“Saya harap lagu itu dapat menghiburkan pendengar dan mereka yang sukakan lagu itu boleh menonton versi penuh liriknya di Youtube,” tambahnya.

@halim.ahmad Tajuk : Tolong Jangan Tanya (Halim Ahmad). Dengar full di yt & sp0tify tau. #halimahmad #abangnasyid #lagurayaviral #laguraya ♬ original sound – Abang Nasyid

Baca:

Tidak terlambat lagi amal panduan 50/30/20, tidaklah hujung tahun pelik ke mana lesapnya duit

Pelakon minum air kencing lembu untuk kekal bertenaga?

Pernah rasa lemau, tak bermaya? Cuba mandian mujarab limau, terus rasa ‘fresh’