Pelakon minum air kencing lembu untuk kekal bertenaga?

Oleh FATIN AQILAH

Jika anda penggemar filem Bollywood, anda mungkin mengenali Akshay Kumar.

Beliau telah membintangi beberapa filem popular seperti Padman yang membuat namanya terkenal dalam industri filem Bollywood.

Baru-baru ini, Akshay Kumar telah berkongsi tips kesihatan beliau dengan minum air kencing lembu setiap hari.

Pelakon minum air kencing lembu untuk kekal bertenaga?

Ini adalah amalan tradisional di India yang dipercayai mempunyai banyak faedah kesihatan termasuk melawan COVID-19.

Akshay Kumar mula berkongsi tentang pengalaman beliau dalam rancangan Bear Grylls di mana mereka minum air teh yang dibuat daripada najis gajah.

Beliau menyatakan bahawa beliau tidak ada masalah untuk mencuba kerana beliau biasa minum air kencing lembu untuk tujuan ayurvedic.

Untuk pengetahuan, kerajaan India telah memperuntukkan jumlah wang yang besar untuk penyelidikan produk yang dibuat daripada bahan buangan haiwan ternakan untuk merawat penyakit seperti diabetes dan kanser.

Namun, bukti saintifik yang menyokong khasiat air kencing lembu masih belum lengkap.

Selain itu, kerajaan di India juga telah menubuhkan sebuah kementerian khusus untuk mempromosikan penggunaan ayurveda dan yoga dalam usaha melawan pandemik COVID-19.
Sehingga kini, lebih daripada 4.6 juta orang dilaporkan terjangkit COVID-19 dan telah menyebabkan kira-kira 76,000 kematian.

Baca:

Dah lebih 100 tahun tak kena penyakit kronik, ini petua lelaki tua boleh dicontohi

Shalom Avitan mungkin anggota unit pembunuh ‘Kidon’ Mossad, ini 10 fakta kegilaan pengganas itu dahagakan darah

Rupanya 126 sampel makanan di bazar Ramadan KL dicemari kuman, ini 3 ‘strain’ bakteria utama bukti tidak bersih