Menurut Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, lebih 80,000 rakyat Malaysia dijangka akan menghadapi risiko
Kerintangan Antimikrob (AMR), atau dikenali sebagai ‘kuman super’, menjelang tahun 2030.
Menteri Kesihatan itu menjelaskan bahawa unjuran tersebut disediakan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan sebagai langkah keselamatan, intervensi akan dilakukan untuk mengatasi masalah ini.
Sebagai perbandingan, di Vietnam, seramai 296,581 orang dijangka meninggal dunia
akibat jangkitan AMR dalam tempoh yang sama, berdasarkan populasi sebanyak 98 juta.
Jangkitan AMR berlaku apabila pesakit mengambil antibiotik secara tidak wajar,
seperti mengambilnya tanpa keperluan atau tidak menghabiskan dos yang ditetapkan oleh doktor.
BACA: Allahyarham Daim Zainuddin dibebaskan daripada pertuduhan gagal isytihar aset