Realtime website trackingweb stats

Kuasa Agong bakal hilang, lock down akan kembali?” – Ini penjelasan pakar tentang Perjanjian WHO CA+ dan IHR2005

Oleh ABDULLAH HAMID

Ada pihak yang membantah kemungkinan Malaysia akan menandatangani perjanjian di peringkat antara bangsa di bawah WHO bagi mengadakan initiatif-inisiatif kesihatan yang lebih bersepadu dan komprehensif dalam menghadapi apa jua pandemik pada masa depan.

Kandungan kedua-dua perjanjian itu adalah seperti berikut:

1. Perjanjian WHO CA+ (Convention Agreement) adalah sebuah perjanjian konvensyen yang dicadangkan oleh WHO untuk menguruskan krisis kesihatan global seperti pandemik Covid-19.

Perjanjian ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara negara-negara dalam hal-hal berkaitan dengan kesihatan awam, seperti penyelidikan, pembangunan, pengedaran, dan penggunaan vaksin, ubat-ubatan, dan teknologi kesihatan.

Perjanjian ini juga bertujuan untuk memastikan akses yang lebih adil dan berkesan kepada sumber-sumber kesihatan bagi negara-negara yang kurang berkemampuan. Perjanjian ini masih dalam peringkat rancangan dan belum ditandatangani oleh mana-mana negara.

2. Manakala IHR2005 adalah sebuah regulasi kesihatan antarabangsa yang telah ditandatangani oleh 196 negara anggota WHO pada tahun 2005.

Regulasi ini menggariskan tanggungjawab dan hak negara-negara dalam mengawal dan melaporkan sebarang kejadian yang membahayakan kesihatan awam di peringkat global.

Regulasi ini juga menetapkan kriteria dan prosedur untuk menentukan sebarang kejadian yang memerlukan tindakan segera oleh WHO dan negara-negara lain.

3. Sebenarnya perjanjian CA+ dan pindaan IHR2005 adalah perlu untuk meningkatkan kerjasama dan solidariti antara negara-negara dalam menangani krisis kesihatan global yang semakin mencabar.

Inisiatif-inisiatif ini akan memberi manfaat kepada negara-negara yang kurang berkemampuan untuk menghadapi krisis kesihatan dengan menyediakan akses yang lebih adil dan berkesan kepada vaksin, ubat-ubatan, dan teknologi kesihatan.

4. Inisiatif-inisiatif yang dikemukakan dalam perjanjian itu tidak akan melucutkan kuasa dan kedaulatan negara-negara, tetapi sebaliknya akan mengukuhkan peranan dan tanggungjawab negara-negara dalam sistem kesihatan global yang lebih selaras dan bersepadu.

5. Perjanjian CA+ dan IHR2005 tidak menyebabkan negara Malaysia hilang kedaulatan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong akan terlucut.

Ini kerana, perjanjian-perjanjian ini tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan dan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara.

Yang di-Pertuan Agong masih mempunyai kuasa untuk melantik dan memecat Perdana Menteri, membubarkan Parlimen, menandatangani undang-undang, mengisytiharkan darurat, dan sebagainya.

6. Perjanjian ini tidak memberi kuasa kepada WHO untuk mengambil alih pemerintahan atau membuat keputusan bagi pihak negara-negara.

Sebaliknya, perjanjian ini menetapkan tanggungjawab dan kewajipan negara-negara untuk melaporkan peristiwa-peristiwa kesihatan awam, menubuhkan dan mengekalkan keupayaan asas untuk pengawasan dan tindak balas, serta bekerjasama dengan WHO dan negara-negara lain dalam menguruskan risiko-risiko kesihatan.

Oleh itu, perjanjian IHR adalah suatu mekanisme yang bertujuan untuk meningkatkan keselamatan kesihatan global dan melindungi hak asasi manusia, bukan menyekatnya.

8. Tidak benar jika ada pihak mendakwa perjanjian IHR akan memaksa masyarakat dicucuk vaksin. IHR tidak akan memaksa pengambilan vaksin, tetapi hanya memberi peluang kepada WHO (World Health Organization) untuk menyediakan bantuan teknikal, saranan dan panduan kepada negara-negara terlibat.

9. WHO sebagai terma rujukan bagi mengisytiharkan keadaan kedaruratan kesihatan awam yang menjadi perhatian antarabangsa (PHEIC – Public Health Emergency of International Concern).

Negara-negara yang menyertai IHR bertanggungjawab untuk melaporkan peristiwa-peristiwa kesihatan awam, menubuhkan dan mengekalkan keupayaan asas untuk pengawasan dan tindak balas, serta bekerjasama dengan WHO dan negara-negara lain dalam menguruskan risiko-risiko kesihatan.

10. Negara-negara terlibat juga boleh meminta bukti vaksinasi daripada pengembara sebagai syarat masuk ke negara mereka, tetapi hanya untuk penyakit demam kuning (Yellow Fever) yang disenaraikan secara khusus dalam IHR.

Syarat ini tidak boleh lebih ketat atau lebih mengganggu daripada alternatif lain yang boleh mencapai tahap perlindungan kesihatan yang sesuai bagi negara terbabit.

11. WHO juga tidak akan monopoli penjualan vaksin. WHO adalah sebuah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal kesihatan di peringkat global.

WHO tidak mengeluarkan atau menjual vaksin, tetapi hanya memberi sokongan kepada pembangunan, pengeluaran dan pengedaran vaksin yang selamat dan berkesan melalui kerjasama dengan pelbagai pihak.

WHO juga berusaha untuk memastikan akses adil kepada vaksin bagi semua negara, terutamanya negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Contohnya dalam Pandemik COVID-19 lalu, melalui inisiatif COVAX (COVID-19 Vaccines Global Access).

COVAX adalah sebuah skim yang ditubuhkan untuk membantu negara-negara mendapatkan akses kepada vaksin COVID-19 dengan harga yang berpatutan dan dalam masa yang cepat.

Oleh itu, dakwaan bahawa IHR ini akan memaksa pengambilan vaksin dan WHO akan monopoli penjualan vaksin adalah tidak berasas dan tidak benar.

12. Sama ada kita sedar atau tidak, keputusan perjanjian ini melalui PHEIC telah pun kita patuhi. Dari tahun 2005 hingga kini.

Terdapat tujuh pengisytiharan PHEIC:

i) pandemik H1N1 (atau selsema babi) 2009–2010,
ii) pengisytiharan polio 2014–kini,
iii) wabak Ebola di Afrika Barat 2013–2016,
iv) wabak virus Zika 2015–2016,
v) wabak Ebola Kivu 2018–2020,
vi) pengisytiharan COVID-19, 2020–2023, dan
vii) wabak Monkey pox 2022–2023.

Tiada pun keputusan PHEIC ini menyekat kebebasan menentukan hala tuju dan sistem kesihatan mereka sendiri.

Tetapi WHO mempermudahkan lagi urusan-urusan yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan keputusan yang dibuat itu adalah keputusan yang bersepadu, menyeluruh serta komprehensif.

Mereka yang menolak perjanjian ini adalah mereka yang takut untuk cucuk vaksin mahupun ubat-ubat yang disyorkan oleh kementerian kesihatan.

Itu saja! Mereka lebih suka menggunakan bahan-bahan yang tidak ada bukti kukuh dalam merawat penyakit dan suka mendengar berita-berita yang tidak sahih mengenai pandemik yang berlaku.

Dr Suhazeli Abdullah

Baca:

Bolehkah hantar sihir paling kuat kepada Perdana Menteri Israel? Ini penjelasan UAI

“Bertentangan dengan nilai Islam” – Menteri Agama ulas dialog menantu jahat drama Surat Dari Tuhan

‘Cucuk’ duit rupanya patut kereta lama di petak isi petrol, yang ada perangai begini wajib baca