Ketahui 28 jenis kenderaan layak dapat subsidi diesel, 14 kategori ini baru ditambah

Oleh HADI KAMARUDIN

Mulai esok, sebanyak 14 jenis kenderaan barangan akan mendapat diesel bersubsidi, setelah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua.

Menterinya, Armizan Mohd Ali, menyatakan bahawa pertambahan jenis kenderaan dalam fasa ini telah meningkatkan jumlah keseluruhan kenderaan barangan yang layak menerima diesel bersubsidi di bawah SKDS 2.0 kepada 23 jenis.

“Semua kenderaan barangan tersebut boleh membuat permohonan melalui Sistem MySubsidi Diesel mulai pukul 10 pagi esok,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan KPDN Zon Utara di Anak Bukit, Alor Setar, seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Baca Artikel Penuh