Negara kalau dah kaya, Rolls-Royce harga RM1.2 juta pun buat jadi kereta polis je, memang rare!

Oleh NURAIMAN

Sebuah kereta mewah daripada jenama Rolls-Royce yang bernilai kira-kira AS$250,000 (RM1.18 juta) telah diubahsuai menjadi kenderaan polis untuk pasukan polis Pantai Miami di Florida, Amerika Syarikat (AS), seperti yang dilaporkan oleh akhbar New York Post kelmarin.

Rakaman video menunjukkan bahawa kenderaan mewah tersebut telah dipasang dengan lampu siren dan diiringi oleh dua anggota polis yang menunggang motosikal.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan (kelengkapan) tambahan yang menakjubkan ini kepada pasukan pengambilan Jabatan Polis Pantai Miami,” ujar jabatan itu menerusi hantaran di platform X.

Baca Artikel Penuh