Realtime website trackingweb stats

Kesihatan mental di Singapura makin serius, golongan berumur 18-29 paling mental tak sihat

Oleh AHMAD ISMAIL

Ketika diuji dengan kemelut geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi, Singapura juga sedang berdepan masalah kesihatan mental penduduknya yang semakin serius.

Golongan berumur 18-29 tahun paling tidak stabil mental mereka menurut tinjauan Kementerian Kesihatan (MOH) pada tahun 2022.

Namun, lebih ramai nampaknya sedar kepentingan kesihatan mental dan bersedia mendapatkan bantuan.

Data dikumpul dari Julai 2021 hingga Jun 2022 melibatkan 8,000 orang dewasa melalui temu bual isi rumah yang dilaporkan sendiri dan kira-kira 9,000 orang dewasa melalui pemeriksaan kesihatan.

Berikut 7 fakta keadaan kesihatan mental penduduk Singapura, memetik laporan CNA.

1. Tahap kesihatan mental yang lemah meningkat daripada 13.4 peratus pada 2020 kepada 17 peratus pada 2022.

2. Individu berumur 18 hingga 29 tahun mempunyai kadar kesihatan mental lemah tertinggi iaitu 25.3 peratus manakala kumpulan umur lain adalah jauh lebih rendah.

3. Lebih ramai wanita (18.6 peratus) dengan kesihatan mental yang lemah berbanding lelaki (15.2 peratus).

4. Kira-kira 56.6 peratus penduduk Singapura bersedia mendapatkan bantuan daripada profesional kesihatan pada 2022.

5. Penduduk Singapura berumur 60 hingga 74 tahun (48.1 peratus) paling kurang bersedia untuk mendapatkan bantuan daripada profesional penjagaan kesihatan.

6. Rakyat republik itu yang berumur 30 hingga 39 tahun (62 peratus) adalah yang paling bersedia untuk mendapatkan bantuan daripada profesional penjagaan kesihatan.

7. Golongan berumur 18 hingga 29 tahun paling bersedia untuk mendapatkan bantuan daripada rangkaian sokongan tidak formal seperti rakan dan keluarga iaitu 88.1 peratus.

Baca:

Abang rider perlu bersedia, ini maklumat pengambilalihan operasi Foodpanda oleh Grab yang diketahui setakat ini

Jarang berlaku Empangan Timah Tasoh bergelora, waspada situasi angin kencang dan hujan lebat

Khairul Aming dedah kenapa tiada aset rumah, kecuali sebuah kereta bezza, buat ramai terinspirasi